Thursday, June 05, 2008

Minyak oh minyak...

gambar hiasan

Semalam dekat sejam aku menunggu giliran mengisi minyak di stesen Esso berdekatan Kg Muhibbah ni... ini semua gara-gara Pak Lah umumkan akan menaikkan harga minyak mulai hari ini... Petrol dari RM1.92 kepada RM2.70 .. kenaikan RM0.72 manakala diesel dinaikkan dari RM1.58 kepada RM2.58...kenaikan RM1

Baru saja hendak bersedia kerana sebelum ni keluar kenyataan di media yang harga minyak petrol dan diesel akan dikaji dan berkemungkinan akan dinaikkan pada OGOS 2008... Tapi PM TERSAYANG ni pula umumkan secara mengejut petang kelmarin yang harga minyak akan dinaikkan mulai 12.00am malam ni...

Oh my dear prime minister... you should at least give us a sign... kalau terdesak sangat nak naikkan harga pun sepatutnya umumkan la yang harga akan dinaikkan lusa supaya taklah kelam kabut rakyat dibuatnya..

As i always said to all my friend yang apabila BN dah menang pilihan raya , maka jangan hairan kalau semua harga akan mulai naik dan dimulakan dengan Harga Minyak...

Walaupun aku bercakap secara berseloroh... ada juga yang menerima secara bersahaja tetapi ada juga yang penyokong fanatik ni yang terus menentang dan berkata Najib dah berjanji tidak akan menaikkan harga minyak selepas pilihan raya.. lalu dicanang la suratkhabar yang ada mengeluarkan kenyataan najib itu ke sana sini... so now, mana janji tu?? I hate told you guys that i've said so.

Apabila harga komoditi ini telah naik secara automatik semua harga akan naik... tambang bas ... bahan binaan... sumber makanan... semua... Bukanlah saya hendak sangat menentang kerajaan, tetapi rasa rakyat malaysia ni dah cukup terbeban... memanglah harga minyak kita lebih rendah jikalau dibandingkan dengan negara lain... tetapi jangan la dibandingkan dengan negara seperti singapura yang secara jelas merupakan negara pengimport segala bahan dari air.. beras.. minyak dan etc... Lagipun taraf hidup dan pendapatan mereka jauh lebih baik dan berlipat kali ganda dari kita di Malaysia.


Kalau nak banding pun bandingkan la dengan negara pengeluar minyak yang lain...

Pemimpin-pemimpin kesayangan kita ni sepatutnya mulai berjimat cermat dalam mengurus dan menggunakan wang rakyat. Di sini antara pokok asal yang pasti akan meningkatkan kewangan negara dan subsidi boleh terus ditambah untuk menurunkan harga minyak negara.

Apa sangatla RM626 dan RM150 yang bakal diberi tu sedangkan semua harga dari pengangkutan... makanan naik...

Kerajaan dipilih oleh rakyat adalah untuk mengurus kehidupan rakyat supaya boleh menjadi bangsa yang makmur dan tidak dihimpit kesusahan... contohilah tokoh tokoh islam yang pernah membuktikan dengan pengurusan yang baik.. telus... boleh meningkatkan status hidup rakyat dalam masa yang singkat sehingga tiada satu pun rakyat yang miskin ... dan tiada yang layak menerima wang zakat.. Ini TIDAK MUSTAHIL!!

Apabila kerajaan bijak bertindak... telus... dan jujur ... secara automatik rakyat yang cemerlang ... gemilang... dan terbilang dapat dilahirkan. Bukankah itu yang sering diinginkan oleh kita semua.

Ya Allah ... berilah petunjuk kepada kami semua... lindungilah kami ya Allah... Berilah kami kekuatan dan kesabaran di dunia ini... amiinn...

1 comment:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM....
WAALAIKUMSALAM....
HEHE...MASUKLAH....

KAH! KAH! KAH!
hi bro! well sis setuju sesangat sangat ko punya pendapat mengenai kenaikan harga minyak tu.

sis yg kat kl nie, lagilah merasa kenaikan taraf hidup yang semakin melambung dan membebankan tapi nak wat camana......

dengaq habaq PAK LAH KESAYANGAN kita nie dah tau ramai rakyat mula "MEMBENCI" beliau sebab itulah alang alang dah dibenci sangat baik dia terus mengaut keuntungan cepat-cepat sebelum semua rakyat meminta pilihanraya semula dan MENGHALAU dia dari Mesia nie...

dengaq jerlah dari mulut mereka mereka yang bersekutu dengan kita nie..hehe

Mudah-mudahan Allah menunjukkan jalan yang benar dan telus untuk mereka yang sepatutnya menunaikan tanggungjawab dan membela nasib rakyat jelata...

Amin...