Tuesday, June 10, 2008

Questions & Answers...

Di sini aku senaraikan semua soalan dan jawapan yang sering ditanya kepadaku.. If any of you have any question different from anything i listed below feel free to ask, and i'll be glad to answer it for you...

BEBERAPA MAKLUMAT DI SINI HANYA UNTUK PERMOHONAN LESEN DI TAWAU,SABAH. BERGANTUNG PADA SOALAN.

1.Berapa jumlah harga untuk ambik lesen kereta kelas D?

RM1277.. dua minggu lepas terdapat kenaikan sebanyak RM30 untuk Ujian QTI (Pra Ujian) dan JPJ. Dengan syarat semua ujian diambil sekali dan tiada kenaikan lagi selepas tarikh ini.

Di sini saya nak terangkan , harga yang naik ini berlaku SEBELUM kenaikan harga minyak.. selepas tarikh post ini mungkin akan ada kenaikan lagi.

2.Apa yang perlu disediakan untuk mendaftar masuk kelas KPP?

Gambar 4 keping (apa-apa saiz) , Salinan kad pengenalan 3 keping, dan duit RM170.

3.Bolehkah orang yang berstatus orang asing atau bukan warganegara mengambil lesen kereta dan motor kelas D dan B?

Boleh, tetapi dengan syarat berikut.. Untuk orang yang menggunakan passport perlu mempunyai penjamin samada syarikat atau isteri/suami.

Untuk jaminan syarikat, seseorang itu perlu mempunyai tempoh sah visa sekurang-kurangnya 6 bulan dan perlu menyediakan surat jaminan dari syarikat (letterhead).

Untuk jaminan suami atau isteri (mykad) .. sediakan salinan kad pengenalan suami/isteri 6 keping.. salinan sijil nikah… gambar pemohon saiz passport 6 keping.. dan salinan passport 6 keping.

4.Bolehkah orang yang belum mempunyai kad pengenalan (Mykad) tetapi menggunakan surat lahir untuk memohon lesen kelas D & B?

Tidak Boleh… sebelum ni memang boleh.. orang yang mempunyai surat lahir versi baru yang panjang dulu boleh memohon dengan penjamin di kalangan keluarga .. tetapi beberapa bulan lepas ada peraturan baru dari jpj secara ringkas , tak boleh da..

5.Adakah bayaran untuk warga asing lebih mahal dari orang yang mempunyai mykad?

Tidak.. Harga sama jak.. saya ulang sekali lagi… HARGA UNTUK WARGA ASING ATAU WARGANEGARA SAMA .. tidak ada beza… yang membezakan harga adalah berapa kali seseorang itu mengambil sesuatu ujian… kalau semua sekali murahla… jangkamasa urusan pun lebih singkat.

2 comments:

Bugis Macho said...

Emmm... nak tanya... kalau aku mau ambik lesen motor apa yang perlu disediakan?? (Aku dah ada lesen kereta)

Adry said...

first of all i want to say nice nick.. hahaha... padaidi ni... aga kareba... hehhee... lain kali tinggalkan la e-mail atau alamat blog ka friendster ka... hehehe..

kalau dah ada lesen kereta .. buat satu salinan lesen keta tu... satu salinan kad pengenalan dan gambar satu keping hantar ke pejabatan i.m Tawau...cakap mau masuk bengkel motor... dorang akan inform bila tarikh bengkel.. jd kamu datang la hari yang diberitahu... bayar di sana RM150 sebelum masuk kelas pada hari tersebut...

Remember... it's first come fisrt serve basis... jd datang awal k ... pendaftaran start kul 7am... pakai kasut, baju kolar dan seluar panjanng... bawa kad pengenalan ngan duit RM150 k... :)