Monday, June 30, 2008

Liwat.. liwat... liwat....


Dah takda benda lagi kerr nak cerita... newspaper... TV segala macam media sibuk cerita Datuk Seri Anwar Meliwat!!!

All this crap menyemak dalam akhbar... Dorang saja jerr nak sensasikan berita ni... orang tu baru buat laporan tapi cerita tentang ni berkolum kolum dalam paper... tunggu la masuk mahkamah kalau yerr pun...siasat kerr dulu... Pastu kalau dah didapati bersalah kerr tak kerr terpulang la nak sensasi kannya atau tak...


Ini tak, akibat berita ni dah sensasi.. seolah-olah Anwar dah bersalah plak..


Aku tak nak menyebelahi mana-mana pihak... but to me... i still can't believe this crap... come on la.. Anwar nak meliwat?! Tak ble masuk akal tul... bukannya dia takda isteri...


EURO 2008 Champion : SPAIN



Happy happy... Team pilihan menang!! Mesti ramai yang gigit jari bab Germany kalah....

Who is the hero? It's Fernando Torres.



So there you go guys... EURO come to its end.. Spain the Champ!

Sunday, June 29, 2008

EURO Finals (^_^)




Alright guys... this is it... the last game for EURO 2008...

Which team will win ?? Well between Germany and Spain.. i think i'll prefer spain...



huhu bestnya... harap-harap perlawanan nanti best dan tiada la gangguan siaran macam time Turkey lawan Germany haritu... sakit hati jerr... :<

Ibu paksa anak minum racun!!???


First of all aku nak korang semua baca berita ni :
http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20080628092203/Article

Terkejut aku tengok berita ni ... marah kerana tergamak ibunya menyuruh anaknya meminum racun but in the same time aku rasa kasihan kerana mesti masalah yang ditanggung ibu ini cukup berat sampai dia tidak dapat melihat jalan keluar yang lain....

Aku akui perbuatan ibu ini memang salah... cuma mengapa kejadian ini boleh berlaku perlu kita renungkan bersama...

Seperti yang dilaporkan dalam akhbar tersebut sebab utama ibu tersebut bertindak demikian adalah kerana bebanan hutang dan tekanan perasaan sehingga hilang kewarasan berfikir sehingga berlakunya perkara ini... Thank god kerana kedua kanak-kanak ni selamat... kasihan mereka , masih kecik lagi.. belum tahu apa-apa, belum kenal kesengsaraan hidup yang menimpa ibunya... aku doakan mereka berdua selamat dunia akhirat...

Huhu... there you have it ... sebuah lagi kejadian yang menyedihkan akibat kos sara hidup yang tinggi di Malaysia... memang benar purata pendapatan di negara kita lebih tinggi berbanding beberapa negara lain tetapi kos sara hidup tak padan/setimpal dengan pendapatan yang kita miliki...

P/S: Rasa-rasanya ada kaitan tak kejadian ini dengan kesan kenaikan harga minyak baru-baru ni??

Saturday, June 28, 2008

Taman Bukit Tawau (Table)

Bulan Julai ini , aku nak release tension and have fun at Taman Bukit Tawau yang lebih dikenali sebagai "Table" oleh orang Tawau...

Here a few picture of the place....


Pemandangan luar sebelum masuk



Tempat ini terletak 20KM dari bandar Tawau... tak la jauh sangat kan... kalau dari rumah aku 30 minit jerr ble sampai... hehehe...



RM3 per entry... harga dewasa la... budak kecik aku tak tau... lupa da.... lama tak pergi...


Pemandangan pertama apabila masuk ke sini..







Antara favorite spot kat sini...







Air terjun yang ada di sini... best best




Favorite spot gak ni...




Tandas/ Tempat salin pakaian ... hehehe


Choices of places...

Huhu... rindu ngan tempat ni ... tak sabar nak pergi... It's a nice place to release tension... back to nature.. [^_^]

Friday, June 27, 2008

Operasi besar-besaran banteras PTI... indah khabar dari rupa...

Kalau you all nak tau... this is not the first time dorang nak buat so called "Gerakan Besar-besaran" untuk usir pendatang tanpa izin... dah beberapa kali dah... kalau tak silap aku , sejak aku kecik sampai besar ni maybe dah 5-6 kali dorang umum kat media tentang gerakan seperti ini ...


Aku bukan la benci sangat kat pendatang ni... sebab as a human being aku faham mengapa mereka terdesak sangat nak masuk negara kita ni.... memang betul mereka buat salah sebab masuk secara haram.... tapi aku taknak cerita pasal tu.... sekarang aku nak cerita kenapa aku pandang secara sinis mengenai gerakan ini.... as a malaysian citizen aku rasa memang bagus ada gerakan ni... cuma aku nak korang semua tau kenapa aku rasa ianya sia-sia selagi apa yang aku hendak katakan tidak dilaksanakan terlebih dahulu...




Kalau you all nak tahu.. antara port port yang paling ramai pendatang masuk ke negara kita adalah di Tawau, Sabah. Aku taknak cerita tempat lain... aku nak concentrate ngan Tawau jerr.. especially bandar Tawau.... kat bandar Tawau tu sebelah Pasar Ikan merupakan tempat keluar masuk pendatang ke negara kita , tak kira sama ada secara sah atau tidak... sebab semua itu cuma ada pada kertas saja... sedangkan secara realitinya sesiapa saja boleh keluar masuk di sini sesuka hati.... tak kira la you nak gi indon , or from there nak masuk sini... apa yang perlu dibuat?? Yang penting you cari orang yang kenal ngan pegawai imegresen yang menjaga di pintu keluar masuk ini... kalau tak kenal , cukup dengan bayaran RM50 satu kepala, you'll be allowed to enter this country.... Kalau you kenal lagi best... cukup sekadar mengangkat tangan atau signal guna kepala.


Terkejut?! huh mengejutkan bagi orang yang tak tahu.. bukan orang macam aku tak pernah mengadu tau... jenuh dah... memang macam gitu gak... pernah gak dulu ada gerakan dibuat oleh pihak jabatan supaya lebih telus pun paling paling bertahan untuk 2-3bulan saja... pastu mula balik macam tadi...


Apa sangatla kesan gerakan ini dengan menangkap mereka semua simpan di pusat penampungan warga P.T.I... pastu perabihkan duit bagi makan minum 2-3 minggu then hantar guna kapal ke Nunukan (indonesia) sedangkan keesokan harinya dorang boleh naik semula kapal balik ke Malaysia semula....


So jangan terkejutla dengan kenyataan akhbar yang mengatakan ada pihak menganggarkan jumlah warga asing di Sabah melebihi jumlah penduduk, iaitu 1.5 juta orang.
If they don't take serious action against bribery the result will always be the same... warga PTI tidak akan berkurangan sedangkan duit kerajaan untuk menampung kos gerakan tersebut abis berjuta-juta ringgit...

Wanted Sucks!!!

Yesterday i went out to see this movie Wanted... although it have a great lineup of movie stars like Angelina Jolie,James Mcavoy, Morgan Freeman, Kristen Hager etc... the story plot was boring and STUPID!!!



The Story
Wesley Gibson (James McAvoy) is offered the opportunity to seek revenge for the murder of his father, who was an assassin. Gibson is invited by his father's partner, Sloan (Morgan Freeman), to follow in his father's footsteps.Sloan's second-in-command, Fox (Angelina Jolie), mentors Gibson,who follows death orders issued by The Fates, weavers who read individuals' destinies in fabrics produced by mystical looms.

Yeah right... mula mula kita dikenalkan dengan Wesly Gibson ni yang kononnya mempunyai seorang ayah, a great assassin who join the fraternity... disuruh balas dendam la... blajar how to curve bullets... knife fight... yada yada... then tukar cerita orang yang dia disuruh bunuh tu ayah dia plak.... The fraternity plak yang jahat..... Arrghhhh

walaupun filem ni adapted from a comic by Mark Millar, tetapi cara dia olah cerita dari satu plot ke satu plot sangat membosankan.... bayangkanla... cerita ni action movie.... dia punya visual,sound effect best tetapi aku boleh tertidur plak time menonton cerita ni.....

Action scenes memang tip top... hebat... kadang kadang aku rasa macam tengok cerita the matrix plak... tapi walau sehebat macam mana pun tapi kalau dah TERLAMPAU TAK MASUK AKAL, filem tu jadi bodoh tau..... menyesal tul tengok cerita ni....

Aku tak rekemen sesiapa bawa kanak-kanak atau orang sakit jantung bab dalam filem ni ada scene yang agak ganas dan mengerikan....

dari 10 bintang aku bagi 2 setengah jer... inipun kerana visual effect dan sound effect yang digunakan bagus.... kalau tak aku bagi setengah bintang jak...

Aku cadangkan kepada semua jangan tonton filem ni di pawagam.... layak download torrent jak ni... not value for money...

I'm Back...

First of all aku nak balas semua komen yang diberikan... then nak ziarah balik ... last baru nak masukkan entri baru... (^_^)

Wednesday, June 25, 2008

Angkara minyak....


Ada sesiapa yang tengok berita semalam?? kerana khabar angin, satu Sabah kecoh... pembelian panik kembali lagi... stesen minyak diserbu bagaikan semut mengejar gula...

Apabila ku dengar berita ini, aku call akak aku kat selangor untuk kepastian, dia cakap tidak ada apa yang berlaku pun, di sana tenang jak.. so prinsip aku mudah, kalau apa-apa hendak berlaku, perkara seperti ini, mesti semenanjung dahulu... that's why aku tak percaya...

Jalan sesak teruk... lebih teruk dari time minyak nak naik harga dulu.. aku yang sememangnya tidak percaya pun terperangkap dek sesaknya jalan....

Semua orang kecoh cakap stesen minyak nak mogok start hari ini.... dorang cakap stesen minyak nak mogok sebab tidak puas hati ngan bayaran komisyen yang diterima.... huhu... sejauh mana kebenarannya aku pun tak tahu...

Tapi mungkin ada benarnya ura ura ini... sebab kelmarin bila orang ramai di sini kecoh bab stesen minyak nak mogok, aku sempat menelefon beberapa kenalan yang kerja di stesen minyak... semua memberi maklum balas yang sama... mereka semua disuruh cuti start esok... kenapa? Dorang pun tak tahu....

Mungkin kerana keadaan yang agak huru hara... semua stesen minyak telah diberi amaran oleh KPDN supaya tidak tutup atau permit ditarik... semua kenalan yang mulanya cakap cuti tiba tiba sms balik cakap tak jadi cuti, bab bos call suruh kerja balik esok...

HHmmmm ini membuat aku tertanya tanya apa sebenarnya yang telah berlaku....

Tawau Menjerit!!!

Busy busy gak,tp ada masa free skit sempat gak aku kuar jalan jalan, ronda ronda area Tawau ni… dapat gak aku lepak di tepi laut (persiaran traulsen) kat tepi Bandar tu.. best best…. Tenang fikiran…


Khusyuk tengok orang memancing di situ… Time balik , sempat gak aku ikut konvoi ramai ramai keliling Bandar ni… tapi tak rempit k… aku bukan mat rempit.. Cuma memang ada sekali sekala tu terpaksa laju skit la… hehehe… skit jerr tak banyak…

Anyway, siapa yang tinggal dekat area ni… Jom kita konvoi ramai ramai pergi “Table” pertengahan bulan 7 nanti…. Kita mandi ramai-ramai k… lelaki sahaja… apa-apa hal contact aku…

(“Table” tu lebih kurang macam ulu yam kat Selangor tu la.. )

Sunday, June 22, 2008

Satu lagi team favorite kalah...


Sapa sangka, sesudah France dan Portugal, satu lagi team favorite ramai Netherlands pula tewas dan terkeluar dari saingan EURO 2008… Seolah-olah ada badi dalam EURO kali ini, dimulai dengan England yang tidak layak, kemudia satu satu team favorite kecundang… Siapa pun tidak dapat agak siapa bakal juara kali ini…. Rusia telah membuktikan status underdog membuat mereka bermain dengan penuh bersemangat tanpa sebarang tekanan dan Berjaya menewaskan gergasi yang cuba menghalang laluan mereka…



Pagi nanti Spain dan Italy pula akan bertarung.. dua dua mempunyai kekuatan masing-masing… siapa akan menang? Aku pun tak tahu.. hope the best team win!!

Saturday, June 21, 2008

Friend update...

Dua hari lepas kan aku ada cerita yang aku jumpa kawan lama aku si Len tu… bila kami bersembang tentang perkembangan kengkawan yang lain… satu perkara penting yang aku dapat tahu… kawan kami si Ayu… or Munira if I’m not mistaken… dah pregnant 4 bulan… so kepada kengkawan yang mengenali gadis ini… say congrats to her k… dia kahwin sebelum bulan puasa tahun lepas..


This pic was taken before she got married


Aku pun dah lama tak contact dia ni… bukan apa.. segan woo… orang dah bersuami la katakan… lain la dulu time bujang kan… I’m happy for her…

Friday, June 20, 2008

Keputusan yang tak diduga.

Alahai… sedihnya … :(



Siapa sangka team favorite ramai Portugal boleh tewas dengan German dalam perlawanan kalah mati di suku akhir EURO 2008 pagi tadi…



Adakah team favorite lain akan turut gugur dalam saingan EURO kali ini sebagaimana France dan Portugal???

Sememangnya keputusan yang tidak diduga oleh sesiapa… aku sendiri tidak sangka dan akibatnya tidak dapat tidur sampai pagi dek terkejutnya atas kekalahan ini… huhu… bukannya tidak dapat menerima kenyataan Cuma terkejut sebab tak bersedia..

Apa-apa hal pun antara team favorite yang masih ada dalam EURO2008 ini adalah seperti Spain dan Netherlands…so best of luck…



P/s : Benarlah kata orang yang bola itu bulat… jd apa saja kemungkinan boleh berlaku dalam permainan bola sepak…

Meeting an old friend…

Yesterday aku jumpa kawan lama aku , Marlinah binti Ahmad namanya or I call Len.. She used to be one of my best friend… but as usual bila kita dah meningkat dewasa , kita mula bawa haluan masing masing… hubungan pun dah tak seberapa rapat macam dulu lagi… but hey we’re still friend…

Sekarang dia tengah cuti… 3 weeks… dah ada masa free, tu yang dia mau jumpa tu....Now she study at Kolej Kejururawatan there in Kota Kinabalu… I think, she met her boyfriend there because he was her senior….

Many things need to catch up… how’s life… friends… families.. huhu… many things changed during these past years… we meet about 2 hours… we talked a lot… and I still think it’s not enough… hehe..


Len and her boyfriend ... Nama boyfren nya ni aku dah lupa... sorry


Hope to meet her again soon… Frenz always…

Thursday, June 19, 2008

I'm Away...

Salam... i'm busy for a few days... thanks kepada semua yang visit and commenting in this blog... nanti saya visit blog you all k!! Love ya!! Peace !! :)

I miss them...


Rasanya dah lama tak jumpa bebudak ni... rindu plak... dorang ni anak akak aku... so anak buah aku la ni... hehehe...

Sorang namanya Ain (dipanggil e'en), yang no 2 ni namanya Alin, dan last skali tu boy dipanggil mimat... nama penuh panjang semua ni.. seingat aku last skali aku jumpa dorang ni tahun lepas kalau tak silap la... huhu.. ntah macam mana la rupa dorang bertiga ni sekarang...

To my sis... Rina!! I know you read this...always being my silent reader.... mana janji nak bagi pic dorang ni... huhu...

Ain ketika berusia 3 Tahun


Last berita yang aku dengar tentang bebudak ni, yang sulung tu jatuh kat rumah guru tuisyen dia... kepala kena meja... 8 jahitan kalau tak silap... tula nakal sangat... macam pakciknya jugak ni... hahahaha... jangan cukur bulu kaki ayah tu dah la... hahahhahaha :)

Ain.. budak ni dari kecik memang nakal dan kuat nangis... pernah skali tu aku lepak rumah akak aku... tiba tiba dia ada hal penting dia tinggalkan aku sorang sorang ngan budak ni... time tu dia masih kecik lagi... adik-adiknya yang lain belum lahir lagi... Mampus... aku dahla tak pernah ada adik... aku bongsu... time tu la budak ni buat hal, pening aku jaga... yang paling memeningkan kepala sekali bila kena tukar pampers.. apa aku buat? Nasib baikla jiran akak aku tu baik orangnya...orang india... aku minta tolong la tukarkan... hahahaha... nasib baik ada.. time tu lah aku blajar tukar pampers...
Pastu budak ni minta nenen (susu) .. hahaha... aku call la akak aku tanya macam mana nak buat susu... yang penting aku banyak blajar cara-cara dan teknik jaga budak time jaga dia ni la..
Alin... budak ni tak nakal sangat... tak macam akak dia... tapi budak ni banyak cakap dan kuat makan... kecik kecik dah peramah... bayangkan... area tempat akak aku tinggal tu, kadang kadang akak aku pun tak berapa kenal sangat ngan orang yang duduk area tu... tapi budak ni ble kenal plak... pernah skali tu ada seorang pakcik tua tu lalu depan rumah... si Alin ni berdiri kat pintu terus tegur orang tu.. apa dia cakap? dia cakap... "Atuk!! Nak pergi mana tu?" akak aku tercengang kehairanan.. boleh plak budak ni pergi sembang ngan orang tu... tanya la mana alin kenal? Dia cakap kawan mak (mak angkat dia duk blakang rumah akak aku).... amboi... aku pun kengkadang heran ngan budak ni.. hehehe

Yang kanan tu Mimat... buat masa ni dia lah satu satunya hero akak aku.. budak ni pun nakal... huhu... satu bakat yang sama ngan aku , suka rosakkan barang... hehehe... apa jak permainan yang dibagi mesti dia akan bongkar sampai rosak... hehehe... satu lagi.. dia ni manja budaknya ni.. bongsu la katakan... ops! Tak semua bongsu manja tau.... contohnya aku ni .. bukan manja sangat pun... ahaks (^_^)

Lastly... mereka semua dilahirkan dan dibesarkan di semenanjung (KL to be exact) .. cuti baru la balik Tawau... tp jangan harap la dorang ni cakap slang sabah atau Tawau.. haram.. pernah satu ketika dulu aku ajar si Ain tu cakap sabah... tapi pelik benar jadiknya... hahaha... cakap sabah tp bunyi semenanjung ... hahahhaa

Wednesday, June 18, 2008

Rezeki yang tidak disangka-sangka...


Pagi ni aku jalan jalan sekitar bandar .... aku rasa nak belikan mak aku buah-buahan so i've decided masuk ke dalam pasar besar Tawau yang juga dikenali Pasar Tanjung Tawau...


Masuk jalan jalan di dalam ni pun cukup memenatkan sebab luas... ketika khusyuk memilih buah yang hendak dibeli tiba tiba aku ditegur oleh seseorang... bila aku perhatikan betul betul baru aku perasan rupanya kawan aku... Huhu... tak sangka aku dapat berjumpa ngan kawan lama di sini.


Namanya Luman... aku kenal budak ni di Masjid.. masjid mana aku pun tak ingat da... sekarang dia jual buah-buahan di sini.... habis bertanya khabar bila aku dah mau balik... dia hadiahkan aku beberapa buah... alhamdulillah.. save duit... hehe... dia bagi aku buah papaya... buah tembikai (sini panggil semangka)... dan pisang... hehehe... dah orang memberi ambik jak la kan.. rezeki ni.... tak sedap hati aku pun ajak dia makan makan di tingkat atas.

kepada sesiapa yang tak pernah masuk ke dalam pasar ni , pasar ni ada 3 tingkat.. setiap tingkat menjual barangan yang berbeza. Paling bawah jual sayur sayuran, buah buahan... tingkat 1 jual makanan kering seperti ikan masin ... Tingkat 2 jual barangan seperti alat permainan...Tingkat 3 pula ada banyak gerai gerai makanan... best gak makan di sini... murah... dan ada view yang cantik... makanan yang dijual ada macam-macam gak... soto , coto, bakso pun boleh didapati di sini..


Habis makan .. kami solat bersama-sama di surau dalam pasar ni... then balik...


Fakta mengenai Pasar Tanjung Tawau:

Pasar Tanjung Tawau dibina dengan kos RM17Juta . Ia mempunyai 6.000 gerai jualan. Ianya terletak di tengah tengah bandar Tawau dan siap dibina pada tahun 1999. Pasar ini dikatakan merupakan pasar terbesar di Malaysia. Pasar tertutup terbesar di Malaysia.

Tuesday, June 17, 2008

Italy , France or Romania

Pagi nanti ada dua game untuk kumpulan C iaitu Netherlands VS Romania and France VS Italy.

As you can see Jadual Markah untuk Group C seperti berikut :


NETHERLANDS : 6
ROMANIA : 2

ITALY : 1
FRANCE : 1

Netherland tak perlu bimbang sebab dah layak untuk pusingan seterusnya... yang menjadi persoalannya sekarang, siapa yang akan bersama sama netherlands ke peringkat seterusnya..

ROMANIA


Mengikut fikiran logik, Romania bukanlah tandingan pasukan kuat seperti Netherlands kan.. let say romania kalah ngan Netherlands.. jd yang akan ke peringkat seterusnya denga Netherlands adalah pasukan yang menang diantara Italy atau France...

FRANCE

As you all know Italy and France are two equally strong team and these team always a threat to others… both are world cup finalist .. dua dua pernah jd Juara World Cup… so mungkin Netherlands akan memberi kemenangan percuma kepada romania dengan merehatkan semua pemain utama .. supaya pasukan yang akan layak ke peringkat seterusnya dengan mereka adalah romania … Bukan italy atau France… lebih mudah kan…

Kalau Romania menang, mereka akan dapat 3 mata penuh menjadikannya 5 mata.

ITALY

Jd tak kira la Italy atau France yang menang bab dengan markah mereka sekarang iaitu 1 dicampur dengan 3 mata penuh jikalau menang baru 4 mata.

Kalau Romania kalah, France atau Italy dapat memintas Romania dengan kelebihan 1 mata.

So what do you think? Which team going to the next round??