Sana sini aku jumpa orang yang ku kenal almost 80% will ask the same question...
"WHEN WILL I GET MARRIED??!"
mungkin ayatnya berbeza tetapi isinya tetap sama....
Sebelum ni memang ada orang yang pernah tanya soalan ni... tetapi sejak kebelakangan ni lebih kerap... huhu... antara sebabnya ialah... aku dah jadi yatim piatu... rumah kat kg muhibbah ni kira besar la jugak... yang duk sini akak aku ngan aku jerr... so orang pun mula la cakap bila aku nak tambah makhluk dalam rumah ni.. huhu.... yela kalau akak aku kahwin mesti ikut suami dia kan... so kira harapan jatuh kat aku la...
Honestly... aku memang ada terfikir nak kahwin... settle down.... have a family... but not now... my mom blum sampai sebulan arwah.... lagipun aku nak ada steady income sebelum nak kahwin... at least RM3K atau 4K per month... kalau aku dah ada steady income every month mungkin aku dah ble fikir pasal hal ni... memang sebaiknya kita ikut nabi la kahwin time umur masuk 25 tahun... tapi kalau keadaan mengizinkan, insyaAllah....
Sebenarnya.. aku melalut panjang lebar ni bukan sebab apa.. semuanya kerana apa sorang pakcik ni cakap ngan aku tengah hari tadi yang duk buat aku berfikir-fikir dari tadi....
Tengah hari tadi ... aku duk lepak kat masjid pas solat zohor... sembang ngan seorang pakcik ni yang memang rapat ngan aku... selalunya kalau aku ada masalah kerr apa-apa jer la yang nak diluahkan aku memang cari pakcik ni... aku suka opinion mereka yang lebih tua ni.... banyak pengalaman la katakan... tiba tiba dia tanya hal ni... dia cakap , "Adry... kau ada fikir mau kahwin ka?"
Pakcik Tatim...
Aku jawab : "Adalah ba pakcik... cuma keadaan blum mengizinkan... pendapatan pun blum steady lagi... macam mana mau kahwin... ish... nak jaga anak orang ni bukan senang... insyaAllah nafsu masih boleh ku kawal... tak perlu la rushing rushing ni... aku takut tak dapat kasi makan anak bini ku nanti... tengokla sekarang makin lama makin naik harga semua... kos hidup makin tinggi.... " (Sorry... cakap sabah skit... based on a true story kan.. kalau ada yang tak faham tanya jak k.. )
Apa pakcik tu cakap... tak terlintas di fikiranku dia akan jawab macam tu... Dia cakap : "Adry... soal pendapatan tu kau tak perlu runsingkan sangat... satu jak kau perlu ingat... Allah ada bah!! (Sambil jarinya menunjuk ke atas) Kalau memang jodoh mu dah sampai insyaAllah Allah akan buka jalan dan bagi rezeki sama kau.... kalau dah diizinkan oleh Allah , silap-silap kau akan tambah berjaya dan rezeki akan datang mencurah-curah sama kau.... Yang penting yakin ngan Allah... solat jangan tinggal... selalu berdoa... insyaAllah...
Pergh... terkedu aku buat beberapa ketika... ni dah kira cam ayat pancung ni... aku pun tak tau dah nak cakap apa... huhu.... yag dapat aku cakap , insyaAllah aku akan fikirkan......
kahwin... pasangan..??? hisyh... yang ni kena k.i.v dulu.... lagipun too personal nak cerita dalam ni....
Heermmmmmmmmm emo plak aku pepagi ni.... mmm ble buat solat istikharah ni...
i think that's enough for now... puas skit hati aku...