Sunday, December 17, 2006

Alif dah kahwin daa......

Hemm first of all ... Selamat Pengantin Baru buat Abdullah Alif Dahlan bersama isterinya Juliana... semoga kalian bahagia sehingga ke anak cucu...

Emm thanks Alif for inviting me to your wedding night... Maaf bab tak dapat datang masa ko nikah lif...

Inilah kawanku Alif yang telah lama ku kenal dari Sekolah Menengah dulu... he's a funny guy... love to sing ... especially Nasyid... suaranya boleh tahan... sedap di dengar... maybe itu yang buat isterinya terpikat tu.. hehehe... Ooo ya , dia pun pandai cipta lagu... emm dia pun terkenal akan kejujurannya... kira beruntung la si Juliana ni dapat suami macam dia ni... alahai ... tak sangka ramai ramai kawan lelaki dulu dia plak yang lebih dulu kahwin... jodoh... bagusla...

Emm sekarang dia dah jadi cikgu... cikgu sekolah rendah di pelabuhan klang... emm SK KG Raja Uda kalau tak silap... isterinya plak masih blajar lagi... final sem... not sure kat mana...UPM kot... tak sempat nak kenalan lagi rapat... hehehe....

Emm muda jugak la dorang ni... tapi you all jangan sangka yang bebukan tau... ni la masyarakat melayu ni... always thinking something negative... dorang kahwin cara baik... bukan "accident" atau apa apa... dorang kahwin sebab dah sampai seru dan alhamdulillah mereka dah menghalalkan apa yang haram sebelum ni... so they are better than us yang couple2 ni tau...

Ok here's a pics from that night ... nanti aku cuba dapat official pic dari yang empunya badan .. until then... roger n out...


Alahai .. hepinya aku tengok si Alif.. senyum memanjang... hehehe... i'm happy for u my fren...


Sunday, December 10, 2006

Pda's Wedding...

Alhamdulillah... Tercapai jugak cita cita nak pergi rumah pda (9hb Disember 2006)... first of all i would like to congrats to Pda "Selamat Pengantin Baru" semoga berkekalan hingga ke anak cucu... I know you'll read this... hehehehe...

Ok tonight.. me and my frenz went to Pda's wedding in Kg Muhibbah Bal.. Walaupun janji pada mulanya hendak berkumpul pukul 7.30pm tapi "Janji Melayu" punya pasal jam 9pm baru kami dapat berkumpul bersama sebelum ke majlis tersebut. (Kesian Nanang.. Sabar menunggu hehehe)

Semua aturcara majlis berjalan ngan lancar.. aku akhirnya berkesempatan berjumpa dengan beberapa orang kawan kenalan dari friendster yang juga kawan kawan rapat Pda... gals from KK.. Shasha (Not sure is it her real name.. ) and her frenz.

Ok all in all here's a few pic from Pda's wedding... Pilihla gambar yang korang suka and save dalam komputer... ada yang terang dan ada yang gelap... hehehe...



Monday, December 04, 2006

"Calon Buat Along" (Part 3 "Final")

PART 1 & PART 2


Alhamdulillah, sejak kejadian malam tempoh hari itu, perlahan-lahan topik itu tidak dibincangkan. Kuraih pena. Dengan hati seringan kapas, aku mula menulis;

Kepada calon suamiku...

Usiaku hari ini bertambah setahun lagi. Tiga puluh tahun. Alhamdulillah. Ku harap, tahun-tahun yang berlalu, meski memudarkan keremajaanku, namun tidak akan pernah memudarkan ghairah Islamiah yang ada. Mudah-mudahan aku dapat tetap beristiqamah di jalanNya.
Viva masterku sudah selesai. Tak lama lagi kepakaranku akan bertambah. Aku akan mengambil cuti panjang untuk mengambil kursus menjahit dan memasak.
Alhamdulillah sekarang aku lebih aktif menulis dan menyampaikan pelbagai ceramah pada setiap ruang kesempatan yang ada. Aku semakin yakin berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam dan rupa.

Calon suamiku...
Aku maklum , bila sampai detik ini kau belum juga hadir. Permasalahan yang menimpa kaum muslimin begitu banyak. AKu yakin ketidakhadiran semata mata kerana kesibukan dakwah adalah satu kerja yang mulia. InsyaAllah, hal itu akan membuat penantian ini seakan tidak pernah ada.

Calon suamiku...
Namun jika engkau memang disediakan untukku di dunia ini, bil akau dah siap untuk menambah satu amanah lagi dalam kehidupan ini yang akan menjadi tanggungjawab di hadapan Allah. Maka datanglah. Tak usah kau khuatiri persediaan diri yang belum selesai, atau perkejaan yang masih sambilan. Insya Allah, iman akan menjawab segalanya. Serahkan semuanya kepada Allah. Jika Dia sentiasa memberikan rezeki, padahal kita tidak dalam keadaan jihad di jalan-Nya, lalu bagaimana mungkin Allah akan membiarkan kita, sedangkan kita sentiasa berjihad di jalan-Nya?!
Banyakkan berdoa , calon suamiku, di manapun engkau berada. InsyaAllah, doaku selalu sentiasa menyertai usahamu.

Wassalam.
Nota: Agak-agaknya, siapa nama kamu?

"Syahril... Nama saya Syahril."
Dub!! Aku tersentak. Pena yang kugenggam jatuh. Rasa-rasanya kudengar satu suara. Sedikit berjingkit, aku cuba menjenguk keluar. Sebelum aku sempat menyelak langsir bilikku yang memisahkan ruang tamu, kudengar suara papa memanggilku.
"Along...!"


Hampir aku terjatuh, ketika tergesanya menghampiri beliau. Sekilas mataku memandang bayang seorang lelaki berkaca mata, berdiri tak jauh dari papa, dengan wajah tertunduk, rapat ke dada. Di belakangnya, Luqman berdiri dengan senyuman meleret.

"Nah,Syahril, kenalkan ini Kartini.
Puteri sulung pakcik. Ingat tak masa kecil dulupernah bermain sama?" Suara gurauan papa terdengar mesra.

Aku menoleh sesaat, yang dipanggil Syahril tetap menunduk.

"Takkan Along lupa... inikan anak pakcik Ibrahim, sahabat papa sejak zaman sekolah dulu. Dan sekarang, dia baru saja bertugas sebagai penasihat undang-undang di tempat Luqman kerja. Betul tak nak?"

Syahril mengangguk. Tapi tetap tidak ada uluran tangan.

"Assalamualaikum, Along..., Kartini. Saya Syahril."

Masya Allah! Aku masih melongo, terpegun.

"InsyaAllah, hari ini saya datang sebab nak berta'aruf dengan Kartini. Kalau Kartini setuju, hitbahnya boleh dijalankan secepat mungkin. Sesudah itu, mudah-mudahan boleh berjihad bersama-sama mungkin..."

Agak perlahan kudengar kalimatnya yang terakhir. Kulihat papa tersenyum lebar,melirikku.

"Apa,Along.. Hitbah? Melamar ya...???

Aku mengangguk pendek, tersipu. Tawa papa makin lebar. Aku masih terpegun.

..............................................................................

THE END

Saturday, December 02, 2006

Pida kahwin!!!??? Betul ke??

Hahaha.. laugh all you want guys... yang pasti 2hb Disember ini akan diingati sampai bila bila oleh kami berlima... Me, Mas, J, Een (Masrina) dan Nanang...

Mana taknya, kami berlima begitu semangat sekali nak menghadiri majlis perkahwinan N
urafida Hj Tahir di Kg Muhibbah Bal.... selepas semua sudah "dressing maut" baru la kami tau yang malam ni BUKAN Malam perkahwinan fida!! Hahahaha... 9hb rupanya.. bukan 2hb... hahahaha!!

Nak tak nak ... kami terus tukar plan pg lepak lepak di "Highway" sambil melantak di Warung Nelayan dekat atap biru di bandar.... kesian J sebab tak berpeluang lepak bersama kami... next time la kan... don't worry...

Friday, December 01, 2006

Kahwin! Kahwin! Kahwin!


First of all... aku nak ucapkan Tahniah kepada semua kenalan.. i mean friends yang dah dirikan rumahtangga... semoga kalian semua bahagia hingga ke anak cucu.... amiiinnn....

Ok .. 1hb Disember merupakan tarikh keramat buat kawanku Abg Iskandar (Bambang) kerana telah selamat dinikahkan pada hari tersebut... Kesian pada dia sebab tidak dibantu oleh sesiapa dalam mengurus soal perkahwinannya.. semua dia urus sendiri.. huhu... mungkin itulah sebabnya sampai dia mendapat status "bujang terlajak" kerana dia menikah pada hari ini bila umurnya telah mencecah 38 tahun!!! Anyway.. at least dia kahwin jugak akhirnya kan... hehehe


Tuesday, November 28, 2006

"Calon Buat Along" (Part 2)

Sambungan dari : http://adrysabry.blogspot.com/2006/10/calon-buat-along-my-favourite-story.html
...........................................

Langkahku lesu menghampiri rumah. Seharian aku memandu dari satu perpustakaan ke perpustakaan lain untuk menyiapkan tesis masterku. Sebaik sahaja membuka pintu, perasaanku kembali tak menentu, bila melihat Mama yang tidak bersendirian. Seorang lelaki berjubah dan berkopiah nampak menemani beliau. Jangan, jangan....

"Panjang umur dia, hah. Dah balik pun Along. Along mari sini sayang. Ini Salleh anak Pak Samat yang baru je habis belajar pondok di Kedah. Kamu berdua mesti boleh bekerjasama mengendalikan masjid di sini."

Aduhh,Mama!

Kali ini mama membiarkan aku berdua dengan tetamu itu. Cepat aku ke dalam mencari Nani dan menyuruhku menemaniku.

Sepanjang Salleh bercakap, aku hanya tunduk membisu. Tak sanggup rasanya aku menahan pandangan tajamnya ke arahku. Dengan gaya bahasa yang tinggi, Salleh bercerita tentang berbagai kisah berbahasa Arab yang telah dia kuasai. Bukan main. Lalu dia berbahas satu persatu perbezaan pendapat di kalangan umat Islam. Soal doa qunut, perbezaan iftitah, masalah kedudukan telunjuk ketika tahiyyat, dan lain-lain yang senada.

Terus terang , aku tidak begitu setuju dengan caranya. Memang betul, semuanya satu yang harus kita ketahui, tapi bagiku, dengan memperbanyakkan perbincangan tentang masalah furu' hanya akan meruncingkan lagi perbezaan yang sedia ada.

"Bagaimana pandangan Salleh tentang krisis Bosnia suatu ketika dulu?" tanyaku mengalihkan perhatian.

"Ohh itu, ana sangat tidak bersetuju. Menurut pendapat ana, tidak seharusnya masalah Bosnia itu digembar-gemburkan. Masalah ini kalau diperbesarkan akan menyebabkan remaja semakin tersisih. Mesti ada usaha mendekati mereka dan bukan menjauhkan lagi mereka dari kita."

Akhirnya aku yang bingung.

"La, takkan yang tanya lebih bingung?! Yang ana bincangkan tadi tentang Bohsia, itu kan maksud Along?

Kutahan tawa yang hampir keluar. dari sudut mataku, kulihat Nani terhinguk-hinguk menahan ketawa, sambil membetulkan tudung pinknya. Lucu sekali. Aku membetulkan salah sangka Salleh.

"Oooh yang itu, Ya.... jelas panindasan itu tidak boleh dibenarkan." ujar Salleh optimis, lalu...

"Agaknya Bosnia itu di mana ya?"
Tawa Nani meledak. Aduhai, Mama!!!




Sebelah malamnya, aku mengadu pada mama tentang Salleh. "La.. kamu ni macam mana? Kata Luqman kamu nak pada Salleh. Jadi mama carikan apa yang kamu hajat. Jadi sebenarnya Salleh mana calon kamu itu?"



Aku terhenyak. Luqman tersenyum simpul. Jaga kamu ya. "Bukan yang namanya Salleh, Ma. Along ingin yang soleh, yang taat beribadah. Orang yang mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang Islam. Yang Islamnya tidak hanya pada teori, tapi dibuktikan. Along tahu, usia Along sudah jauh dari cukup. Along pun nak segera menikah. Perempuan mana yang tidak ingin berkeluarga dan mempunyai anak?" lanjutku hampir menangis.



"Tapi.. Tolong jangan desak Along. Mama tolong bantu Along agar boleh bersabar, tetap bertawakal pada Allah. Biar Along terpaksa menunggu sampai tua, Along sanggup daripada bersuamikan orang yang akhlaknya tidak "Islamik"... Kusaksikan mata mama berkaca-kaca. Diraihnya aku dalam pelukannya.

...........................................
Bersambung...


Monday, November 27, 2006

Masih sambut birthday.....


Emmm baru jak semalam aku buat sambutan kenduri doa selamat sempena birthday aku... malam ni buat lagi... hahaha... this time aku buat makan makan untuk kengkawan aku (As, Sue, Yus, Murni, Eka) yang datang nak celebrate birthdayku ... Dorang geram sebab tak dijemput semalam... so nak tak nak buat lagi malam ni... hehehe... simple jak, buat soto ngan mee goreng jak.. hehehe... (Tapi penat juga aku dibuatnya... arghh... )
Haha.. suddenly tanpa diatur, semua orang yang datang termasuk aku sekali pakai baju hitam malam ni... hahaha... macam sengaja jak.... accept murni la bab dia baru balik dari kerja terus datang ke rumahku... haha.. kesian dia, dia jak yang ganjil...

Anyway.. here's a pics of me and my friends yang datang ke rumahku... Kesian Eka, kali ni dah masuk kedua kali dia terlepas bergambar bersama... hahaha... lain kali jak laa...

Oh yaa.. if one of "you" read this blog... thank you for comin'.... i really appreciate it... especially the presents... hehehe thank you again... Friends forever.... peace :)

From left : Yus, As, Adry, Sue, And Murni (Eka dah balik)





Thanks for the presents!