CALON BUAT ALONG
Calon suami???!!!
Phuf... kuhembuskan nafasku kuat-kuat. Bosan! Lagi lagi pasal calon suami yang dibincangkan. Bayangkan,sudah dua bulan kebelakangan ini tidak ada topik yang lebih menarik di rumah ini melainkan soal suami.
Semuanya sama. Papa yang selalu menyindir,sudah teringin menimang cucu. Mama yang berulang kali menasihatku agar tidak terlalu memilih pasangan. Malah Luqman, adikku yang diharapkan dapat menenangkan suasana, turut sama menggoda. Lagi menggeramkan aku apabila si kembar Nani-Nana yang masih mentah turut sama membebel.
"Along...!" Kudengar mama dari ruang tamu. Perlahan-lahan aku bangun dari meja belajar. Setelah membetulkan tudung, aku keluar.
"Ada apa Ma?" tanyaku lembut. Pada masa yang sama kulihat seorang lelaki duduk di sofa ruang tamu. Sepasang mata Mama yang bersinar-sinar. Oo.. Oo..! Ni mesti ada sesuatu yang tak kena, bisikku dalam hati.
"Along,perkenalkan pembantu Papa di pejabat. Hebatkan! Masih muda dah jadi penolong pengarah. Kenalkan ini.... Zoii"
"Zoy,Makcik!"
"Eh, iya, Zoi" Aku hanya mampu menahan ketawaku.. Mama.. Mama...!
Rasa geli hatiku lenyap serta merta apabila aku terpaksa turut sama hampir dua jam mendegar perbualan mama ngan si Zoii tadi. Bukan main berlagak! Batinku menggerutu sendiri. Asyik bercerita tentang pengalamannya ketika berada di luar negara.
Bertambah meluat apabila kulihat terdapat pancaran kekaguman di wajah mama. Betul betul si Zoii ni tak sensitif. Dia tak perasan ke aku membisu seribu bahasa? Tapi dia tetap mengomel tak berhenti.Kupanjatkan syukur yang tak terkira ketika akhirnya dia pulang.
Bila kuceritakan peristiwa itu kepada adikku,Luqman, dia hanya tertawa. Aku balingkan bantal ke arahnya. Aku menarik muka masam. "Bawa bertenang kak,Sabar! Innallaha ma'ashabirin!"
"Sebenarnya Along bingung la,Maman! Habis tu satu rumah asyik perli Along. Maman fahamkan, pilih suami tu bukan semudah memilih ikan di pasar. Bukan senang nak cari lelaki yang soleh sekarang,susah. Along tak nak pilih ikut tangkap muat je. Salah pilih risikonya besar. Bukan main-main, bahana dunia akhirat!"
Aku mula melihat keseriusan di sudut matanya. Cuma sekejap,sebelum ia kembali menggodaku.
"Atau hendak tak kalau Luqman yang carikan???!" Lemparan bantalku kembali melayang.
................................................................
Kriiiing...!!!
Kumatikan bunyi jam yang membangunkanku. Pukul tiga suku. Aku bangkit ke bilik air mengambil wudhuk. Secara spontan kulihat wajahku di cermin. Oh begini rupanya gadis di penghujung usia dua puluh sembilan? Patutlah papa dan mama begitu bimbang.
"Jangan cemas wahai saudaraku, ini bukan nasib buruk! : bisikku menghibur. Walau apa pun terjadi aku mesti bertawakal pada Allah. Jodoh,rezeki dan maut , Dia yang menentukan. Menemui jodoh di dunia bukanlah satu kepastian yang akan kita raih dalam hidup. Ada hal lain yang lebih penting, lebih pasti. Ada kematian, maut yang pasti kita hadapi. Sesuatu yang selama ini sering kuucapkan kepada saudara muslimah yang lain, ketika ramai di antara mereka begitu resah menanti calon suami yang tak kunjung datang. "Sebenarnya kita ini lucu,kan? Kita lebih kerap membincangkan masalah pernikahan, hal yang belum tentu terjadi. Maksud Along, berlalunya waktu dan usia, tidak seharusnya membuatkan kita lupa untuk berfikir positif kepada Allah. Boleh jadi calon kita ini bukan untuk kita di dunia, tapi disediakan di syurga. Mungkin Allah ingin memberikanku yang lebih baik, siapa tahu?" ujarku optimis dua tahun yang lalu.
Astagfirullah! Ishbiri ya ukhti, isbiri... Tanganku masih mengadah, berdoa, ketika aku mendengar azan subuh berkumandang. Hari baru kembali hadir. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, memberiku peluang untuk hidup sehari lagi agar aku berkesempatan untuk beramal dan bertaubat.
Selesai berurusan dengan mama untuk masalah Zoy, aku terpaksa menghadapi makcik Ida pula yang sedang sibuk mempromosi calonnya untukku. Hemm! Lagi-lagi aku hanya boleh mengiakan saja walaupun tak pernah rela.
"Terserah pada along, Yang penting, tengok dulu orangnya. Mudah-mudahan along suka. Dia anak orang kaya. Bapanya ada berpuluh-puluh ekar tanah getah di Kampung Muara. Tapi orangnya bukanlah kekampungan. Lulusan universiti juga seperti kamu!" Promosi makcik Ida bersemangat.
Dua hari kemudian, makcikku datang dengan "Calon"nya,]
"Junaidi, panggil aje Junaid!" Aku hanya mengangguk, tak membalas uluran tangan yang diajukannya.
Selama perbualan berikutnya, berkli-kali aku terpaksa menahan diri untuk tidak lari masuk ke dalam. Aku tidak ingin menyinggung perasaan makcik Ida. Apalagi beliau bermaksud baik. Hanya saja, asap rokok Junaid benar-benar membuatku mual. Malah dia merokok tidak terhenti-henti. Habis sebatang,sambung sebatang. Dengan berani pula dia mengkritik penampilanku.
"Cik Kartini jangan tersinggung , ye. Saya memang pelik melihat perempuan memakai tudung "begini". Kenapa tak nak memilih pakaian dan tudung yang aneka warna dan fesyen?! Saya kalau mempunyai isteri, pasti saya akan menasihatinya untuk membeli baju yang warna warninya cerah dan menawan. dan semestinya bervariasi. Seperti trend bertudung sekarang. Saya rasa apa salahnya kalau sesekali berfesyen. Maksud saya biarlah jangan sampai kelihatn seperti "karung" berjalan. Betul tak, Tini? haha...
Secara tiba-tiba air mukaku berubah. Tanpa menunggu puntung rokok ketujuhnya habis, aku mohon diri masuk dalam. Aku biarkan makcik Ida di ruang tamu bersama tetamu. Pujukan makcik Ida tak mampu menggugatku. Dengan perasaan kecewa, beliau melangkah keluar. Sempat kudengar makcik Ida bercakap-cakap dengan papa dan mama. Sempat pula kudengar komen-komen mereka yang bercampur kecewa, sedih. Ya Allah Kuatkanlah hamba-Mu.
.................................................................
Bersambung...
1 comment:
hehehe. di awal ceritanya memang ada sedikit kesamaan dengan kes diya.
thanks 4 sharing the links =)
Post a Comment