Showing posts with label Stories. Show all posts
Showing posts with label Stories. Show all posts

Thursday, June 19, 2008

I miss them...


Rasanya dah lama tak jumpa bebudak ni... rindu plak... dorang ni anak akak aku... so anak buah aku la ni... hehehe...

Sorang namanya Ain (dipanggil e'en), yang no 2 ni namanya Alin, dan last skali tu boy dipanggil mimat... nama penuh panjang semua ni.. seingat aku last skali aku jumpa dorang ni tahun lepas kalau tak silap la... huhu.. ntah macam mana la rupa dorang bertiga ni sekarang...

To my sis... Rina!! I know you read this...always being my silent reader.... mana janji nak bagi pic dorang ni... huhu...

Ain ketika berusia 3 Tahun


Last berita yang aku dengar tentang bebudak ni, yang sulung tu jatuh kat rumah guru tuisyen dia... kepala kena meja... 8 jahitan kalau tak silap... tula nakal sangat... macam pakciknya jugak ni... hahahaha... jangan cukur bulu kaki ayah tu dah la... hahahhahaha :)

Ain.. budak ni dari kecik memang nakal dan kuat nangis... pernah skali tu aku lepak rumah akak aku... tiba tiba dia ada hal penting dia tinggalkan aku sorang sorang ngan budak ni... time tu dia masih kecik lagi... adik-adiknya yang lain belum lahir lagi... Mampus... aku dahla tak pernah ada adik... aku bongsu... time tu la budak ni buat hal, pening aku jaga... yang paling memeningkan kepala sekali bila kena tukar pampers.. apa aku buat? Nasib baikla jiran akak aku tu baik orangnya...orang india... aku minta tolong la tukarkan... hahahaha... nasib baik ada.. time tu lah aku blajar tukar pampers...
Pastu budak ni minta nenen (susu) .. hahaha... aku call la akak aku tanya macam mana nak buat susu... yang penting aku banyak blajar cara-cara dan teknik jaga budak time jaga dia ni la..
Alin... budak ni tak nakal sangat... tak macam akak dia... tapi budak ni banyak cakap dan kuat makan... kecik kecik dah peramah... bayangkan... area tempat akak aku tinggal tu, kadang kadang akak aku pun tak berapa kenal sangat ngan orang yang duduk area tu... tapi budak ni ble kenal plak... pernah skali tu ada seorang pakcik tua tu lalu depan rumah... si Alin ni berdiri kat pintu terus tegur orang tu.. apa dia cakap? dia cakap... "Atuk!! Nak pergi mana tu?" akak aku tercengang kehairanan.. boleh plak budak ni pergi sembang ngan orang tu... tanya la mana alin kenal? Dia cakap kawan mak (mak angkat dia duk blakang rumah akak aku).... amboi... aku pun kengkadang heran ngan budak ni.. hehehe

Yang kanan tu Mimat... buat masa ni dia lah satu satunya hero akak aku.. budak ni pun nakal... huhu... satu bakat yang sama ngan aku , suka rosakkan barang... hehehe... apa jak permainan yang dibagi mesti dia akan bongkar sampai rosak... hehehe... satu lagi.. dia ni manja budaknya ni.. bongsu la katakan... ops! Tak semua bongsu manja tau.... contohnya aku ni .. bukan manja sangat pun... ahaks (^_^)

Lastly... mereka semua dilahirkan dan dibesarkan di semenanjung (KL to be exact) .. cuti baru la balik Tawau... tp jangan harap la dorang ni cakap slang sabah atau Tawau.. haram.. pernah satu ketika dulu aku ajar si Ain tu cakap sabah... tapi pelik benar jadiknya... hahaha... cakap sabah tp bunyi semenanjung ... hahahhaa

Sunday, June 15, 2008

In loving memories of my dad....

My dad passed away last year on 11th April 2007... here a few stories that i think i want to share with you all...Abah aku...

My dad seorang yang agak garang (kena pada tempatla) , sangat tegas, dan penyayang orangnya...

Story 1

When i was a kid, aku ni nakal orangnya... lain disuruh lain dibuat... hahaha...pernah satu ketika, bila abah aku tidur... aku yang baring di sebelahnya terbangun dan oleh kerana tiada apa mau dibuat... perangai nakal ku datang dan dapat satu idea... aku ambik pisau cukur abah aku dan ku cukur semua bulu dada dan bulu kaki abah aku... hahahaha... licin tu... dah macam model da abah aku kubuat... Abah marah?? Nope... dia panggil mak aku dan kami ketawa satu keluarga... sebenarnya pucat jugak aku.. aku takut kena rotan...

Story 2

Bila aku darjah 4 kalau tak silap, mmmm 10 tahun... aku solat bila aku suka jerr.. bila aku mau aku solat, bila aku malas aku tak solat... tiba tiba satu hari tu abah aku bagitau mulai besok... aku tak boleh lagi tak sembahyang!!! huhu... aku tak kisah bab solat zohor, asar, maghrib dan isyak ... tu senang jak.... tp SUBUH!!! Alahai... boleh ka aku bangun??!! Hari pertama , ok.... hari kedua ok... tiba tiba hari ketiga.. aku tak bangun bab lewat tidur malam tu.... apa abah aku buat supaya aku bangun?? Hemmm guess what, dia isi air dalam baldi penuh penuh pastu "Jushhhh" lecun aku mandi di atas katil!!! Abah aku siram di situ jugak... basah satu badan... bayangkan la korang tengah sedap tidur di buai mimpi tiba-tiba disiram air satu baldi... subuh tu.... sejuk wooo.... sepanjang hidup aku , aku kena 5 kali... sekarang automatik bangun subuh bersolat... dah biasa, walau penat macam mana pun... terima kasih abah untuk pengajaran ini... akan aku praktikannya di masa hadapan... siap la anak aku nanti.... wakakakaka...

My dad and his friend kat KLIA tengah tunggu flight balik ke sabah... pic was taken one year before my dad passed away.... nampak tak abah aku guna kerusi roda... time ni dah mula sakit..


Story 3

Ketika aku tingkatan 2... abah aku beri arahan baru... mulai esok aku kena rajin pergi solat di masjid... tak boleh solat di rumah jak... huhu... masa tu aku betul betul tak faham , kenapa... tp aku pun ikut arahan bos... lama kelamaan... aku mulai kenal erti bersolat di masjid... best gak.. banyak dapat kawan baru.. lebih afdhal gak... lelaki la katakan.. tiba tiba abah aku suruh blajar azan... ish ish ish... gila, takutnya!!! Tp abah cakap perlahan lahan... dia kata aku dah belajar (azan,mengaji, berzanji dan etc...) jd sepatutnya aku praktikan apa yang aku blajar... ilmu tu jangan disimpan tidak diguna... kalau buat silap takpa sebab belajar.... huhu... thanks for the advise dad.. if not i'm not who i am now...

My family.. aku anak lelaki bongsu... aku ada dua orang kakak.. gambar ni time akak aku grad di upm... lelaki sebelah aku tu husband akak aku yang grad...


Mmmm rasanya ada banyak lagi yang boleh kuceritakan tentang memori aku tentang abah aku... tapi cukup saja sampai di sini.. kalau terlampau panjang takut takda orang mauu baca... Nasihat ku kepada semua... Banyakkan berdoa kepada mak dan abah kita tak kiralah mereka masih hidup atau tiada … kerana doa seorang anak yang soleh kepada ibu bapanya sangat dituntut… takkan ada halangan …. hargailah ayah anda sementara mereka masih ada... jangan derhaka kepada orang tua, sebab kita takkan hidup dengan aman di dunia tanpa doa dan restu dari mereka... Selamat Hari Bapa!!!


Monday, December 04, 2006

"Calon Buat Along" (Part 3 "Final")

PART 1 & PART 2


Alhamdulillah, sejak kejadian malam tempoh hari itu, perlahan-lahan topik itu tidak dibincangkan. Kuraih pena. Dengan hati seringan kapas, aku mula menulis;

Kepada calon suamiku...

Usiaku hari ini bertambah setahun lagi. Tiga puluh tahun. Alhamdulillah. Ku harap, tahun-tahun yang berlalu, meski memudarkan keremajaanku, namun tidak akan pernah memudarkan ghairah Islamiah yang ada. Mudah-mudahan aku dapat tetap beristiqamah di jalanNya.
Viva masterku sudah selesai. Tak lama lagi kepakaranku akan bertambah. Aku akan mengambil cuti panjang untuk mengambil kursus menjahit dan memasak.
Alhamdulillah sekarang aku lebih aktif menulis dan menyampaikan pelbagai ceramah pada setiap ruang kesempatan yang ada. Aku semakin yakin berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam dan rupa.

Calon suamiku...
Aku maklum , bila sampai detik ini kau belum juga hadir. Permasalahan yang menimpa kaum muslimin begitu banyak. AKu yakin ketidakhadiran semata mata kerana kesibukan dakwah adalah satu kerja yang mulia. InsyaAllah, hal itu akan membuat penantian ini seakan tidak pernah ada.

Calon suamiku...
Namun jika engkau memang disediakan untukku di dunia ini, bil akau dah siap untuk menambah satu amanah lagi dalam kehidupan ini yang akan menjadi tanggungjawab di hadapan Allah. Maka datanglah. Tak usah kau khuatiri persediaan diri yang belum selesai, atau perkejaan yang masih sambilan. Insya Allah, iman akan menjawab segalanya. Serahkan semuanya kepada Allah. Jika Dia sentiasa memberikan rezeki, padahal kita tidak dalam keadaan jihad di jalan-Nya, lalu bagaimana mungkin Allah akan membiarkan kita, sedangkan kita sentiasa berjihad di jalan-Nya?!
Banyakkan berdoa , calon suamiku, di manapun engkau berada. InsyaAllah, doaku selalu sentiasa menyertai usahamu.

Wassalam.
Nota: Agak-agaknya, siapa nama kamu?

"Syahril... Nama saya Syahril."
Dub!! Aku tersentak. Pena yang kugenggam jatuh. Rasa-rasanya kudengar satu suara. Sedikit berjingkit, aku cuba menjenguk keluar. Sebelum aku sempat menyelak langsir bilikku yang memisahkan ruang tamu, kudengar suara papa memanggilku.
"Along...!"


Hampir aku terjatuh, ketika tergesanya menghampiri beliau. Sekilas mataku memandang bayang seorang lelaki berkaca mata, berdiri tak jauh dari papa, dengan wajah tertunduk, rapat ke dada. Di belakangnya, Luqman berdiri dengan senyuman meleret.

"Nah,Syahril, kenalkan ini Kartini.
Puteri sulung pakcik. Ingat tak masa kecil dulupernah bermain sama?" Suara gurauan papa terdengar mesra.

Aku menoleh sesaat, yang dipanggil Syahril tetap menunduk.

"Takkan Along lupa... inikan anak pakcik Ibrahim, sahabat papa sejak zaman sekolah dulu. Dan sekarang, dia baru saja bertugas sebagai penasihat undang-undang di tempat Luqman kerja. Betul tak nak?"

Syahril mengangguk. Tapi tetap tidak ada uluran tangan.

"Assalamualaikum, Along..., Kartini. Saya Syahril."

Masya Allah! Aku masih melongo, terpegun.

"InsyaAllah, hari ini saya datang sebab nak berta'aruf dengan Kartini. Kalau Kartini setuju, hitbahnya boleh dijalankan secepat mungkin. Sesudah itu, mudah-mudahan boleh berjihad bersama-sama mungkin..."

Agak perlahan kudengar kalimatnya yang terakhir. Kulihat papa tersenyum lebar,melirikku.

"Apa,Along.. Hitbah? Melamar ya...???

Aku mengangguk pendek, tersipu. Tawa papa makin lebar. Aku masih terpegun.

..............................................................................

THE END

Tuesday, November 28, 2006

"Calon Buat Along" (Part 2)

Sambungan dari : http://adrysabry.blogspot.com/2006/10/calon-buat-along-my-favourite-story.html
...........................................

Langkahku lesu menghampiri rumah. Seharian aku memandu dari satu perpustakaan ke perpustakaan lain untuk menyiapkan tesis masterku. Sebaik sahaja membuka pintu, perasaanku kembali tak menentu, bila melihat Mama yang tidak bersendirian. Seorang lelaki berjubah dan berkopiah nampak menemani beliau. Jangan, jangan....

"Panjang umur dia, hah. Dah balik pun Along. Along mari sini sayang. Ini Salleh anak Pak Samat yang baru je habis belajar pondok di Kedah. Kamu berdua mesti boleh bekerjasama mengendalikan masjid di sini."

Aduhh,Mama!

Kali ini mama membiarkan aku berdua dengan tetamu itu. Cepat aku ke dalam mencari Nani dan menyuruhku menemaniku.

Sepanjang Salleh bercakap, aku hanya tunduk membisu. Tak sanggup rasanya aku menahan pandangan tajamnya ke arahku. Dengan gaya bahasa yang tinggi, Salleh bercerita tentang berbagai kisah berbahasa Arab yang telah dia kuasai. Bukan main. Lalu dia berbahas satu persatu perbezaan pendapat di kalangan umat Islam. Soal doa qunut, perbezaan iftitah, masalah kedudukan telunjuk ketika tahiyyat, dan lain-lain yang senada.

Terus terang , aku tidak begitu setuju dengan caranya. Memang betul, semuanya satu yang harus kita ketahui, tapi bagiku, dengan memperbanyakkan perbincangan tentang masalah furu' hanya akan meruncingkan lagi perbezaan yang sedia ada.

"Bagaimana pandangan Salleh tentang krisis Bosnia suatu ketika dulu?" tanyaku mengalihkan perhatian.

"Ohh itu, ana sangat tidak bersetuju. Menurut pendapat ana, tidak seharusnya masalah Bosnia itu digembar-gemburkan. Masalah ini kalau diperbesarkan akan menyebabkan remaja semakin tersisih. Mesti ada usaha mendekati mereka dan bukan menjauhkan lagi mereka dari kita."

Akhirnya aku yang bingung.

"La, takkan yang tanya lebih bingung?! Yang ana bincangkan tadi tentang Bohsia, itu kan maksud Along?

Kutahan tawa yang hampir keluar. dari sudut mataku, kulihat Nani terhinguk-hinguk menahan ketawa, sambil membetulkan tudung pinknya. Lucu sekali. Aku membetulkan salah sangka Salleh.

"Oooh yang itu, Ya.... jelas panindasan itu tidak boleh dibenarkan." ujar Salleh optimis, lalu...

"Agaknya Bosnia itu di mana ya?"
Tawa Nani meledak. Aduhai, Mama!!!




Sebelah malamnya, aku mengadu pada mama tentang Salleh. "La.. kamu ni macam mana? Kata Luqman kamu nak pada Salleh. Jadi mama carikan apa yang kamu hajat. Jadi sebenarnya Salleh mana calon kamu itu?"



Aku terhenyak. Luqman tersenyum simpul. Jaga kamu ya. "Bukan yang namanya Salleh, Ma. Along ingin yang soleh, yang taat beribadah. Orang yang mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang Islam. Yang Islamnya tidak hanya pada teori, tapi dibuktikan. Along tahu, usia Along sudah jauh dari cukup. Along pun nak segera menikah. Perempuan mana yang tidak ingin berkeluarga dan mempunyai anak?" lanjutku hampir menangis.



"Tapi.. Tolong jangan desak Along. Mama tolong bantu Along agar boleh bersabar, tetap bertawakal pada Allah. Biar Along terpaksa menunggu sampai tua, Along sanggup daripada bersuamikan orang yang akhlaknya tidak "Islamik"... Kusaksikan mata mama berkaca-kaca. Diraihnya aku dalam pelukannya.

...........................................
Bersambung...