Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Friday, August 15, 2008

A new chapter begin...

SAYA TELAH BERPINDAH!!!
SILA KE
www.adrysabry.com



Blog ini tidak akan ditutup... semua entri akan kekal di sini sebagai kenangan yang terindah...
sesiapa yang masih ingin memberi komen untuk mana-mana entri yang ada di sini masih boleh berbuat demikian.. i'll visit this page in time to time... insyaAllah...

(^_^)

Tuesday, August 12, 2008

Iklan Kerja Kosong....

Di sini ada iklan kerja kosong untuk mana-mana bloggers yang ngah cari kerja...

Someone request nak iklankan benda ni kat blog aku ... so sesapa yang sudi nak iklankan kat blog korang ble ambik pic di bawah ni k.


kalau nak maklumat mengenai company ni dalam internet klik di sini.

Alamat dan peta klik di sini.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut , sila hubungi "Puan Rina" tu k.

Dah macam laman web agensi pencari kerja plak blog aku ni ... hahaha...a help is a help... yang penting ikhlas right... (^_^)


Thursday, July 24, 2008

Pemergian yang tidak diduga...

Mula-mula aku nak cerita tentang kelas tai chi yang aku ikut semalam... tetapi aku ubah fikiran, untuk entri kali ni aku nak cerita apa yang berlaku semalam selepas aku balik dari kelas tai chi...

Seperti yang aku dah katakan... semalam aku mula ikut kelas tai chi buat pertama kalinya start kul 8 pm hingga 9 pm... tetapi oleh kerana aku dah ketinggalan beberapa kelas sebelum ni aku terpaksa buat extra.. so semalam aku habis kul 10pm... balik dari kelas , aku kuar minum ngan akak aku sampai kul 10.30pm... so dalam kul 10.45pm aku sampai rumah... oleh kerana dah penat kejap jerr dah tidur... tetapi around pukul 11.10pm kawan aku Daud rupa-rupanya datang ke rumah... oleh kerana aku dah tidur abang ipar aku yang ambik pesan then kejutkan aku... apa pesanannya?? "Bang tolong bagitau si Adry bapaku meninggal dunia ya.." Lebih kurang macam tu la kata daud ngan abang ipar aku...

Innalillah wainna ilaihi rajiunn...


me and my friend daud...

Of course la aku terkejut!! Aku kelam kabut bersiap then straight terus pergi ke rumahnya.... Subhanallah.... kesian kawan aku ni... aku peluk dia dan bisik kata semangat kat dia... satu jak yang dapat aku kata masa tu... Sabar.. sabar... sabar....
bila dia dah agak tenang , aku suruh dia jangan terlampau bersedih , insyaAllah Ayahnya selamat.... sesiapa yang baru saja solat isyak berjemaah bersama dengan arwah pada malam tersebut mesti terkejut .... macam tak percaya bab baru jak jumpa... tapi ajal maut di tangan tuhan... tiada siapa yang dapat menduga...

Daud bertanya dengan aku... bagaimana aku hadapi situasi ni masa mak dan ayahku meninggal dunia... aku jawab, tak perlu bersedih sangat... sebab arwah cuma pergi ke alam lain... doa kita sebagai anak yang penting untuk membantu arwah ... menjamin arwah selamat di sana.... insyaAllah... doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya tiada penghalangnya....

Bila keadaan agak tenang , aku tanya apa yang telah berlaku.... dia cerita yang ayahnya memang ada penyakit jantung untuk sekian lama.... beberapa hari sebelum arwah... ayahnya memang susah nak tidur bab sesak nafas.... mereka adik beradik nak bawa ke hospital tetapi ayahnya berkeras tak nak... (mmm biasalah.. dulu arwah ayah aku pun tak suka pergi ke hospital tapi kalau dipujuk baik-baik mau jugak akhirnya.. )

Ok , pada malam tersebut arwah ayahnya hendak minum "coca cola" (Orang yang sesak nafas memang suka minum minuman bergas walaupun dilarang oleh doktor) jd anaknya yang paling bongsu pergi ke kedai runcit berdekatan tetapi tiada oleh itu dia pergi cari kat kedai runcit lain yang agak jauh... mungkin agak lama... ayahnya berjalan naik ke atas... beliau singgah kat kedai runcit berhampiran bus stop berdekatan masjid mencari anaknya... dia sempat bertanya dengan budak-budak yang lepak kat bus stop tu... "Ada kamu nampak si boy???" (Lebih kurang begitula ayatnya.. ) Kemudian tiba-tiba , mungkin akibat penat beliau terus sesak nafas dan terus rebah di jalan berdekatan bus stop di depan masjid ....

Dua orang yang tinggal berhampiran iaitu bang Izzudin dan bang zul datang memberi pertolongan dan menghantar arwah ke hospital... arwah sempat koma buat beberapa ketika sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir setengah jam kemudian...

Lebih kurang begitulah kejadian yang berlaku... buat keluarga Arwah diharap banyak bersabar... insyaAllah roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh ... aminn..


Friday, July 04, 2008

A few pics from the hospital...


Hospital Besar Tawau around 6.00pm...


Dalam kertas wad 8 tetapi dekat pintu tulis wad pesakit perempuan... sorry tak berapa clear...




Waktu melawat... selepas waktu melawat hanya perempuan yang dibenarkan masuk..

My mom condition.... (beberapa jam selepas di masukkan ke sini)

Latest news : satu tiub dimasukkan ke dalam badan mak antara leher dan dada untuk membuang cecair di paru-paru... Bantuan pernafasan sudah dikurangkan dari 80% ke 40%...

:Peratus hendak pulih memang tak banyak... tetapi selagi ada harapan usaha perlu diteruskan... apa pun berlaku sekurang-kurangnya kami telah berusaha....

Wednesday, July 02, 2008

Mak aku masuk wad 8 Hospital Besar Tawau!!!




Today i'm very very sad... pagi tadi my mom tiba tiba sakit kuat... nampak macam dah tenat sangat... maybe minor stroke...


I called 999 and the ambulance come and took my mom away... where? Of course the hospital... takkan ke pasar kan... direct ke wad kecemasan... There she got her immediate treatment... hope she'll be ok...


Mmmm mula mula the doctor who happened to be my "Orang Kampung" merangkap ex-student mak aku menjangka kan mungkin ada pendarahan di dalam otak!! oh my god! tetapi pukul 11.30am td.. my mom had her brain scanned and thank god takda pendarahan...


Sekarang the doctors (three person actually) still examined .... maybe ada kuman dalam badan mak aku... td (2.30pm) doktor tu nak buat LP (lumber puncture) untuk kesan jenis kuman yang ada...


Now, i don't know ... hope she will be ok... and yes of course i'm very sad... but in the same time... i just pray and hope she will be fine... it's my mom for god sake.. tetapi macam biasa... hidup mati di tangan tuhan... apa yang berlaku aku tetap akan menerima sebaiknya.. insyaAllah...


Mungkin tuhan nak uji kami sebagai anak... huhu... ok that's it for now..


Monday, June 30, 2008

Liwat.. liwat... liwat....


Dah takda benda lagi kerr nak cerita... newspaper... TV segala macam media sibuk cerita Datuk Seri Anwar Meliwat!!!

All this crap menyemak dalam akhbar... Dorang saja jerr nak sensasikan berita ni... orang tu baru buat laporan tapi cerita tentang ni berkolum kolum dalam paper... tunggu la masuk mahkamah kalau yerr pun...siasat kerr dulu... Pastu kalau dah didapati bersalah kerr tak kerr terpulang la nak sensasi kannya atau tak...


Ini tak, akibat berita ni dah sensasi.. seolah-olah Anwar dah bersalah plak..


Aku tak nak menyebelahi mana-mana pihak... but to me... i still can't believe this crap... come on la.. Anwar nak meliwat?! Tak ble masuk akal tul... bukannya dia takda isteri...


EURO 2008 Champion : SPAIN



Happy happy... Team pilihan menang!! Mesti ramai yang gigit jari bab Germany kalah....

Who is the hero? It's Fernando Torres.



So there you go guys... EURO come to its end.. Spain the Champ!

Sunday, June 29, 2008

Ibu paksa anak minum racun!!???


First of all aku nak korang semua baca berita ni :
http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20080628092203/Article

Terkejut aku tengok berita ni ... marah kerana tergamak ibunya menyuruh anaknya meminum racun but in the same time aku rasa kasihan kerana mesti masalah yang ditanggung ibu ini cukup berat sampai dia tidak dapat melihat jalan keluar yang lain....

Aku akui perbuatan ibu ini memang salah... cuma mengapa kejadian ini boleh berlaku perlu kita renungkan bersama...

Seperti yang dilaporkan dalam akhbar tersebut sebab utama ibu tersebut bertindak demikian adalah kerana bebanan hutang dan tekanan perasaan sehingga hilang kewarasan berfikir sehingga berlakunya perkara ini... Thank god kerana kedua kanak-kanak ni selamat... kasihan mereka , masih kecik lagi.. belum tahu apa-apa, belum kenal kesengsaraan hidup yang menimpa ibunya... aku doakan mereka berdua selamat dunia akhirat...

Huhu... there you have it ... sebuah lagi kejadian yang menyedihkan akibat kos sara hidup yang tinggi di Malaysia... memang benar purata pendapatan di negara kita lebih tinggi berbanding beberapa negara lain tetapi kos sara hidup tak padan/setimpal dengan pendapatan yang kita miliki...

P/S: Rasa-rasanya ada kaitan tak kejadian ini dengan kesan kenaikan harga minyak baru-baru ni??

Wednesday, June 25, 2008

Angkara minyak....


Ada sesiapa yang tengok berita semalam?? kerana khabar angin, satu Sabah kecoh... pembelian panik kembali lagi... stesen minyak diserbu bagaikan semut mengejar gula...

Apabila ku dengar berita ini, aku call akak aku kat selangor untuk kepastian, dia cakap tidak ada apa yang berlaku pun, di sana tenang jak.. so prinsip aku mudah, kalau apa-apa hendak berlaku, perkara seperti ini, mesti semenanjung dahulu... that's why aku tak percaya...

Jalan sesak teruk... lebih teruk dari time minyak nak naik harga dulu.. aku yang sememangnya tidak percaya pun terperangkap dek sesaknya jalan....

Semua orang kecoh cakap stesen minyak nak mogok start hari ini.... dorang cakap stesen minyak nak mogok sebab tidak puas hati ngan bayaran komisyen yang diterima.... huhu... sejauh mana kebenarannya aku pun tak tahu...

Tapi mungkin ada benarnya ura ura ini... sebab kelmarin bila orang ramai di sini kecoh bab stesen minyak nak mogok, aku sempat menelefon beberapa kenalan yang kerja di stesen minyak... semua memberi maklum balas yang sama... mereka semua disuruh cuti start esok... kenapa? Dorang pun tak tahu....

Mungkin kerana keadaan yang agak huru hara... semua stesen minyak telah diberi amaran oleh KPDN supaya tidak tutup atau permit ditarik... semua kenalan yang mulanya cakap cuti tiba tiba sms balik cakap tak jadi cuti, bab bos call suruh kerja balik esok...

HHmmmm ini membuat aku tertanya tanya apa sebenarnya yang telah berlaku....

Friday, June 20, 2008

Keputusan yang tak diduga.

Alahai… sedihnya … :(



Siapa sangka team favorite ramai Portugal boleh tewas dengan German dalam perlawanan kalah mati di suku akhir EURO 2008 pagi tadi…



Adakah team favorite lain akan turut gugur dalam saingan EURO kali ini sebagaimana France dan Portugal???

Sememangnya keputusan yang tidak diduga oleh sesiapa… aku sendiri tidak sangka dan akibatnya tidak dapat tidur sampai pagi dek terkejutnya atas kekalahan ini… huhu… bukannya tidak dapat menerima kenyataan Cuma terkejut sebab tak bersedia..

Apa-apa hal pun antara team favorite yang masih ada dalam EURO2008 ini adalah seperti Spain dan Netherlands…so best of luck…



P/s : Benarlah kata orang yang bola itu bulat… jd apa saja kemungkinan boleh berlaku dalam permainan bola sepak…

Thursday, June 19, 2008

I'm Away...

Salam... i'm busy for a few days... thanks kepada semua yang visit and commenting in this blog... nanti saya visit blog you all k!! Love ya!! Peace !! :)

Wednesday, June 18, 2008

Rezeki yang tidak disangka-sangka...


Pagi ni aku jalan jalan sekitar bandar .... aku rasa nak belikan mak aku buah-buahan so i've decided masuk ke dalam pasar besar Tawau yang juga dikenali Pasar Tanjung Tawau...


Masuk jalan jalan di dalam ni pun cukup memenatkan sebab luas... ketika khusyuk memilih buah yang hendak dibeli tiba tiba aku ditegur oleh seseorang... bila aku perhatikan betul betul baru aku perasan rupanya kawan aku... Huhu... tak sangka aku dapat berjumpa ngan kawan lama di sini.


Namanya Luman... aku kenal budak ni di Masjid.. masjid mana aku pun tak ingat da... sekarang dia jual buah-buahan di sini.... habis bertanya khabar bila aku dah mau balik... dia hadiahkan aku beberapa buah... alhamdulillah.. save duit... hehe... dia bagi aku buah papaya... buah tembikai (sini panggil semangka)... dan pisang... hehehe... dah orang memberi ambik jak la kan.. rezeki ni.... tak sedap hati aku pun ajak dia makan makan di tingkat atas.

kepada sesiapa yang tak pernah masuk ke dalam pasar ni , pasar ni ada 3 tingkat.. setiap tingkat menjual barangan yang berbeza. Paling bawah jual sayur sayuran, buah buahan... tingkat 1 jual makanan kering seperti ikan masin ... Tingkat 2 jual barangan seperti alat permainan...Tingkat 3 pula ada banyak gerai gerai makanan... best gak makan di sini... murah... dan ada view yang cantik... makanan yang dijual ada macam-macam gak... soto , coto, bakso pun boleh didapati di sini..


Habis makan .. kami solat bersama-sama di surau dalam pasar ni... then balik...


Fakta mengenai Pasar Tanjung Tawau:

Pasar Tanjung Tawau dibina dengan kos RM17Juta . Ia mempunyai 6.000 gerai jualan. Ianya terletak di tengah tengah bandar Tawau dan siap dibina pada tahun 1999. Pasar ini dikatakan merupakan pasar terbesar di Malaysia. Pasar tertutup terbesar di Malaysia.

Monday, June 16, 2008

Turki menang!!



Best nya perlawanan pagi tadi... Turki menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi dengan menundukan republik chech dengan keputusan 3-2..

Siapa sangka turki yang pada awalnya ketinggalan 2-0 boleh menang apabila menjaringkan mata demi mata tanpa kenal erti putus asa... Kan best kalau Team Malaysia main macam ni... kalah takpa at least tunjukkan semangat berlawan yang tinggi... memang dah adat ada kalah menang tp jgn mengalah sebelum mencuba... mana pergi gelaran harimau asia satu ketika dulu... dah jd kucing ker...
pemain -pemain turki yang berjasa menyumbang mata adalah Arda Turan Minit 75, dan Nihat Kahveci minit ke 87 dan 89... dah jadi hero turki ni...

My favorite team .. Portugal kalah 2-0!!! alah... rileks jerr... kalah atau menang dah layak pun.... saja jak tu kalah... buang tenaga jak kalau nak berhempas pulas... lagipun kesian swiss... biarlah mereka menang juga kan... :)

Friday, June 13, 2008

Another satisfied customer...


Today my friend Anuar got his driving license from me... Cheap? boleh la... aku takda cas beberapa "cas servis" yang sepatutnya...

Aku kecualikan beberapa bayaran ... dan aku masih bagi dia harga lama walaupun dua minggu lepas beberapa harga dah naik...


so drive carefully my friend... don't drive dangerously... remember your loved ones.... ahaks.. Macam iklan TV tu...

Tanggungjawab VS Kehendak...

Gambar aku curi curi ambik time Ustaz masih berkhutbah
(sorry tak berapa clear.. aku guna kamera hp yang belah depan.. )


Hari ini aku betul betul terlupa giliran aku bertugas untuk solat jumaat ni di Masjid Babus Saadah... MasyaAllah... I really really forgot... oleh kerana aku memang lupa, so aku dengan selambanya bergerak menaiki kereta pukul 12pm dari rumah(masuk waktu di sini kul 12.12PM ... bila aku dah sampai , azan sudahpun kedengaran... bila aku naik jerr memang dah ramai... dah mula padat da... tp dengan bakat terpendam... aku dapat mencilok-cilok sampai dapatlah aku tempat di saff kedua... sementara masih azan aku masih berdiri tunggu azan habis untuk menunaikan solat sunat... tiba tiba imam masjid dari depan memberi signal kepada aku?? Aku tak faham... tiba tiba orang di sebelah aku bagitau yang namaku diumumkan beberapa kali td sebagai petugas (muazzin/bilal) untuk jumaat ni... masyaAllah... malunya aku.... aku betul betul lupa nak tengok jadual bertugas... ni memang sah sebab tak cukup tidur... ini semua bab aku tengok bola... huhu.. oleh kerana aku memang dah set setiap jumaat aku buat cuti umum sendiri... so aku berjaga sampai pagi... selepas solat subuh baru aku tidur.. bangun kul 11am... mandi semua bersiap terus pergi masjid... otak belum centre tu... hahahaha :)

Memang silap aku la... sepatutnya aku kena lebih bertanggungjawab... it's my love for the game yang buat aku lalai...

Anyway... aku memang puji Ustaz yang berkhutbah tadi (Ustaz Cecep Mustafa - Pengerusi Yayasan Al - Falah) ... itu barula betul... BERKHUTBAH... BUKAN MEMBACA KHUTBAH.... tak semua orang ble buat macam tu... it's took a lot of guts.. and skill... yela.. nak ingat apa yang nak disampaikan siap dengan tertib... huhu... susah tu... aku teringat lagi masa first time aku jadi muazzin/bilal solat jumaat... bergegar satu badan... masa tu aku baru tingkatan 3... tapi oleh kerana nama dah direkemenkan oleh ustaz... imam masjid pun suruh aku ....first experience memang akan ku ingat sampai bila bila... huhu... kalau tak silap aku second time aku bertugas aku dah buat silap... aku azan kurang satu baris atau lebih... kalau tak silap aku time azan pertama aku lupa ucap Hayya Alal Falah 2 kali... aku azan SEKALI jak.... pastu suara ble plak tak sampai.... hahaha... malu wooo... dahla makmum semua tu ramai kenalan aku... guru guru sekolah... kawan kawan... arghhhh tidak... merah padam muka aku masa tu... hahaha

Lastly... bila dah selesai solat jumaat .. aku jumpa dan minta maaf ngan Imam Hj Alil Matran... dan berjanji akan ganti mana-mana petugas yang tidak hadir anytime... it's my word... i promise i'll keep it....

Thursday, June 12, 2008

Portugal menang 3-1!!!


Alahai... bestnya semalam... my favorite team won!!! hahahaha... bila dah portugal menang baru la aku ble tidur.. kalau tak macam cacing kepanasan jak... resah dibuatnya... yela... czech republic bukannya team yang ble dipandang rendah...

but anyway... result was out.. portugal won!!! Mereka dah layak untuk ke pusingan seterusnya... To cheryna... the gurl who MAYBE support czech jgnla sedih ek... hehehe..

Terserlah kehebatan Christiano Ronaldo ni... walaupun first goal dalam minit ke 8 dijaringkan oleh Deco.. kemudiannya seri plak hasil jaringan sionko (czech)... dia telah memberi semangat baru kepada portugal apabila menjaringkan gol kedua untuk portugal pada minit ke 63... Untuk gol ketiga plak... walaupun sepatutnya milik C.R ni... tp kerjasama yang ditunjukkan dengan memberi bola kepada Quaresma pada masa tambahan menunjukkan yang kemenangan untuk pasukan lebih penting daripada jaringan peribadi... Harap harap pemain team Malaysia ble belajar di sini ... jgn asyik mau goreng bola jak.. lokek betul mau passing kawan... semua harap mau jadi star.. hehehe.. jgn marah... bukan semua ... adala sebilangan tu... ahaks :)

Kalau tak silap aku nanti Turki akan jumpa czech ahad ni dan pemenang akan bersama-sama Portugal ke pusingan seterusnya...


Kalau nanti Portugal jumpa Netherlands kan best... hehe... mesti sengit...

I really hope Portugal will be the champion...

Tuesday, June 10, 2008

Mati Karan!!!



Oh dear SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd).. please upgrade your service... we all pay our bills on time you know...


Inilah penyakit SESB (dulu dikenali sebagai Lembaga Letrik Sabah LLS) dari aku kecik sampai la sekarang takda lain... mati karan jak.... percuma jak tinggal dekat ngan stesen janakuasa nya ni.. sama jugak... kengkadang lagi teruk dari orang di kawasan lain...

Aku rasa tahun ni la paling banyak kali mati karan... ada gak yang sampai masuk berita macam yang pencawang letrik yang tumbang hari tu... hampir satu sabah bergelap... huhu...tp yang tak masuk berita lagi la banyak...

Pengumuman dibuat di Radio Tawau FM pagi tadi yang mengatakan kawasan sekitar Kg Muhibbah Raya akan mengalami gangguan elektrik dari pukul 9am sehingga 4pm pada 11/06/2008.. Esok.. uwaaaa... malasnya... lama tu....

So that means i won't be online during that hour... isk isk..


Questions & Answers...

Di sini aku senaraikan semua soalan dan jawapan yang sering ditanya kepadaku.. If any of you have any question different from anything i listed below feel free to ask, and i'll be glad to answer it for you...

BEBERAPA MAKLUMAT DI SINI HANYA UNTUK PERMOHONAN LESEN DI TAWAU,SABAH. BERGANTUNG PADA SOALAN.

1.Berapa jumlah harga untuk ambik lesen kereta kelas D?

RM1277.. dua minggu lepas terdapat kenaikan sebanyak RM30 untuk Ujian QTI (Pra Ujian) dan JPJ. Dengan syarat semua ujian diambil sekali dan tiada kenaikan lagi selepas tarikh ini.

Di sini saya nak terangkan , harga yang naik ini berlaku SEBELUM kenaikan harga minyak.. selepas tarikh post ini mungkin akan ada kenaikan lagi.

2.Apa yang perlu disediakan untuk mendaftar masuk kelas KPP?

Gambar 4 keping (apa-apa saiz) , Salinan kad pengenalan 3 keping, dan duit RM170.

3.Bolehkah orang yang berstatus orang asing atau bukan warganegara mengambil lesen kereta dan motor kelas D dan B?

Boleh, tetapi dengan syarat berikut.. Untuk orang yang menggunakan passport perlu mempunyai penjamin samada syarikat atau isteri/suami.

Untuk jaminan syarikat, seseorang itu perlu mempunyai tempoh sah visa sekurang-kurangnya 6 bulan dan perlu menyediakan surat jaminan dari syarikat (letterhead).

Untuk jaminan suami atau isteri (mykad) .. sediakan salinan kad pengenalan suami/isteri 6 keping.. salinan sijil nikah… gambar pemohon saiz passport 6 keping.. dan salinan passport 6 keping.

4.Bolehkah orang yang belum mempunyai kad pengenalan (Mykad) tetapi menggunakan surat lahir untuk memohon lesen kelas D & B?

Tidak Boleh… sebelum ni memang boleh.. orang yang mempunyai surat lahir versi baru yang panjang dulu boleh memohon dengan penjamin di kalangan keluarga .. tetapi beberapa bulan lepas ada peraturan baru dari jpj secara ringkas , tak boleh da..

5.Adakah bayaran untuk warga asing lebih mahal dari orang yang mempunyai mykad?

Tidak.. Harga sama jak.. saya ulang sekali lagi… HARGA UNTUK WARGA ASING ATAU WARGANEGARA SAMA .. tidak ada beza… yang membezakan harga adalah berapa kali seseorang itu mengambil sesuatu ujian… kalau semua sekali murahla… jangkamasa urusan pun lebih singkat.

Saturday, June 07, 2008

Hati-hati semasa membeli...

Berita yang agak mengejutkan.... saya terjumpa di dalam laman web persatuan pengguna Islam.. i think i should share it with all..



RM200 ratus hanya untuk cekak rambut... waa... so expensive... da la tu haram plak...


Nice to see nice to hold.. but beware....


Friday, June 06, 2008

It's from today's news.. berita harian... get ready to recalculate your expenses


Harga barang mula naik
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20080605232928/Article/index_html

KUALA LUMPUR: Baru sehari harga petrol dan diesel dinaikkan, beberapa persatuan dalam pelbagai sektor termasuk pengangkutan dan makanan sudah pun mula menaikkan harga perkhidmatan dan jualan masing-masing, sesetengahnya berkuat kuasa serta-merta.

Persekutuan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) semalam mengumumkan akan mengenakan caj tambahan antara RM10 dan RM50 sebulan mulai Isnin ini, manakala Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur menaikkan harga perkhidmatannya sebanyak 35 peratus, berkuat kuasa serta merta.

Kenaikan kos pengangkutan itu turut memaksa pemborong serta peniaga makanan basah termasuk ikan dan sayur menaikkan jualan masing-masing.

Pengerusi PPPBSM, Chee Ah Tey, berkata 34 persatuan yang bergabung dengan persekutuan berkenaan membabitkan 8,000 pengusaha, bersetuju mengenakan caj tambahan itu sementara kerajaan meluluskan tambang baru bas sekolah.


Beliau berkata, caj tambahan RM10 akan dikenakan bagi jarak dekat seperti dalam kawasan perumahan, manakala kadar maksimum RM50 bagi perjalanan melebihi 30 kilometer, termasuk ke Singapura.

Chee berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini, untuk membincangkan kadar kenaikan tambang bas sekolah serta perkara lain yang membabitkan pengangkutan itu seperti harga
tayar, bateri, alat ganti dan gaji pekerja.


“Kenaikan akan berlaku, tetapi peratusannya akan diketahui selepas satu atau
dua bulan kajian dibuat oleh KPDNHEP. Tetapi sementara menunggu keputusan
dibuat, caj tambahan itu terpaksa dikenakan untuk menampung kos operasi,”
katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen seliter, iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70, manakala harga diesel dinaikkan RM1 daripada RM1.58 kepada RM2.58.

Pengarah Urusan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur, Alvin H M Choong, pula berkata pihaknya terpaksa menaikkan harga perkhidmatan sebanyak 35 peratus bagi menampung kos operasi.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar ahli majlis persatuan berkenaan sebaik kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api.

“Kenaikan harga diesel sehingga RM1 itu mengejutkan serta mencetuskan situasi cemas industri perkhidmatan pengangkutan. Sebilangan ahli bercadang menghentikan perkhidmatan sehingga kadar baru diumumkan,” katanya dalam satu kenyataan,

semalam.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pemilik Lori Pan-Malaysia (PMLOA), Er Sui See, berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memutuskan kadar kenaikan kos pengangkutan itu.

Tinjauan Berita Harian di pasar sekitar Lembah Klang mendapati hampir semua pemborong, peniaga serta peruncit bercadang menaikkan harga barangan berikutan kenaikan kos
pengangkutan.

Pengerusi Persatuan Pemborong dan Pembekal Ikan Melayu Wilayah dan Selangor, Ariffin Zakaria, berkata pihaknya akan menaikkan harga ikan sehingga 10 peratus sekiranya pengusaha lori meningkatkan harga perkhidmatan mereka.

“Kita tertekan dengan kenaikan kos pengangkutan 35 peratus itu dan mungkin kita juga terpaksa menaikkan harga ikan sehingga 10 peratus esok (hari ini),” katanya.

Pengerusi Persatuan Penjual-Penjual Sayur Malaysia, Soo Cheng Kee, berkata peningkatan kos perkhidmatan yang ditetapkan pengusaha pengangkutan itu terlalu tinggi dan membebankan peniaga.


“Sekiranya ia meningkat secara berterusan, harga sayur pasti akan naik walaupun kini peniaga masih mampu menanggung kos kenaikan itu,” katanya.


Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Melayu Pasar Selayang, Samad Saleh, berkata pihaknya akan menaikkan harga sehingga 30 peratus jualan semua
barangan basah di pasar itu.

Sementara itu, Presiden Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah, berkata pihaknya akan menunggu perkembangan semasa berhubung isu minyak sebelum menaikkan tambang.

“Kita akan hantar memorandum kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan berharap perkara itu akan dikaji dalam masa terdekat,” katanya.

Pengurus Besar Komunikasi Rapid KL, Ebi Fazly Abdullah, berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincangan bagi merumuskan langkah yang perlu diambil berikutan kenaikan harga minyak.

“Kenaikan harga minyak tentu memberi kesan kepada kos operasi kami, tetapi tambang
perkhidmatan kami tidak boleh dinaikkan sesuka hati,” katanya.