Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Wednesday, August 13, 2008

Gathering Tawau bloggers lagi...

Semalam kitaorang ada buat perjumpaan lagi... tujuan utama sebab nak bincang di mana nak sambut birthday salah satu member ni ... brother Budi...

akhirnya dibuat keputusan sebulat suara, ianya akan diadakan di Q&Daily... aku pun tak tau tempat ni kat mana... tengok jak malam ni.. kul 8pm... terpaksa la aku skip kelas tai chi ku ... huhu...
seperti bagaimana biasa, dah gathering mesti mamam kan... lihat gambar gambar di bawah yang aku cilok skit dari page kak angriani...








Untuk gambar dan cerita lebih lanjut klik di sini.


Di sini aku nak minta maaf bebanyak dengan semua kengkawan yang hadir semalam... sebab aku tak join makan sekali dan tak lepak sampai habis.... bukan apa... aku kena pergi kelas Tai Chi ku... kalau aku makan.. mesti uweek uweek aku dalam training... tak bagus la kan... sori again... rasanya cam aku sombong plak... serba salah aku dibuatnya...

Semalam balik dari kelas tai chi.. sakit semua urat urat dalam badan ku... penat woo... habis satu badan berpeluh.... anyway... good for health... hehe :)

Tuesday, August 05, 2008

Keropok Amplang... My Favorite..... nyum nyum (^_^)

Been very busy lately.... lama tak update blog.... huhu.... skarang tak tau nak cerita apa... nak mula yang mana satu .... huhu...


mmm sambil duk fikir-fikir ni sambil makan keropok peberet aku..... keropok apa?? pernah dengar keropok amplang??? hehehe... aku tak tipu la... memang wujud.... sapa yang pernah makan mesti cakap sedap....





keropok amplang ni keropok ikan ..... antara keluaran industri kecil yang wujud di kampung aku ni.... dah ada banyak pengeluar keropok ni kat sini tpi yang paling sedap adalah keluaran makcik Rahmah atau Rahmah Enterprise... rumahnya tak jauh ngan aku ... so senang jak nak beli kan.. tak payah pg pasar.... :)

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat keropok ni : Ikan Tenggiri, Tepung , Kanji, Minyak masak, Bawang Putih, Telur, Gula, Garam dan serbuk perasa yang dibenarkan... hehehe...


Selalunya dijual dalam bungkusan kecil (RM1)... Besar skit (RM5) dan yang paling besar (RM10)...






gambar keropok amplang yang telah dikomersilkan dengan pembungkusan yang lebih baik



Cara buat aku tak tau... aku tau makan jak... hehehe


Sapa nak rasa keropok ni?? mmm oleh kerana aku dah agak lama tak buat entri baru, 5 ORANG YANG TERAWAL MEMBERI KOMEN UNTUK ENTRI NI , AKU AKAN BAGI KEROPOK NI DENGAN PERCUMA!!
(^_^)