Tuesday, November 28, 2006

"Calon Buat Along" (Part 2)

Sambungan dari : http://adrysabry.blogspot.com/2006/10/calon-buat-along-my-favourite-story.html
...........................................

Langkahku lesu menghampiri rumah. Seharian aku memandu dari satu perpustakaan ke perpustakaan lain untuk menyiapkan tesis masterku. Sebaik sahaja membuka pintu, perasaanku kembali tak menentu, bila melihat Mama yang tidak bersendirian. Seorang lelaki berjubah dan berkopiah nampak menemani beliau. Jangan, jangan....

"Panjang umur dia, hah. Dah balik pun Along. Along mari sini sayang. Ini Salleh anak Pak Samat yang baru je habis belajar pondok di Kedah. Kamu berdua mesti boleh bekerjasama mengendalikan masjid di sini."

Aduhh,Mama!

Kali ini mama membiarkan aku berdua dengan tetamu itu. Cepat aku ke dalam mencari Nani dan menyuruhku menemaniku.

Sepanjang Salleh bercakap, aku hanya tunduk membisu. Tak sanggup rasanya aku menahan pandangan tajamnya ke arahku. Dengan gaya bahasa yang tinggi, Salleh bercerita tentang berbagai kisah berbahasa Arab yang telah dia kuasai. Bukan main. Lalu dia berbahas satu persatu perbezaan pendapat di kalangan umat Islam. Soal doa qunut, perbezaan iftitah, masalah kedudukan telunjuk ketika tahiyyat, dan lain-lain yang senada.

Terus terang , aku tidak begitu setuju dengan caranya. Memang betul, semuanya satu yang harus kita ketahui, tapi bagiku, dengan memperbanyakkan perbincangan tentang masalah furu' hanya akan meruncingkan lagi perbezaan yang sedia ada.

"Bagaimana pandangan Salleh tentang krisis Bosnia suatu ketika dulu?" tanyaku mengalihkan perhatian.

"Ohh itu, ana sangat tidak bersetuju. Menurut pendapat ana, tidak seharusnya masalah Bosnia itu digembar-gemburkan. Masalah ini kalau diperbesarkan akan menyebabkan remaja semakin tersisih. Mesti ada usaha mendekati mereka dan bukan menjauhkan lagi mereka dari kita."

Akhirnya aku yang bingung.

"La, takkan yang tanya lebih bingung?! Yang ana bincangkan tadi tentang Bohsia, itu kan maksud Along?

Kutahan tawa yang hampir keluar. dari sudut mataku, kulihat Nani terhinguk-hinguk menahan ketawa, sambil membetulkan tudung pinknya. Lucu sekali. Aku membetulkan salah sangka Salleh.

"Oooh yang itu, Ya.... jelas panindasan itu tidak boleh dibenarkan." ujar Salleh optimis, lalu...

"Agaknya Bosnia itu di mana ya?"
Tawa Nani meledak. Aduhai, Mama!!!




Sebelah malamnya, aku mengadu pada mama tentang Salleh. "La.. kamu ni macam mana? Kata Luqman kamu nak pada Salleh. Jadi mama carikan apa yang kamu hajat. Jadi sebenarnya Salleh mana calon kamu itu?"



Aku terhenyak. Luqman tersenyum simpul. Jaga kamu ya. "Bukan yang namanya Salleh, Ma. Along ingin yang soleh, yang taat beribadah. Orang yang mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang Islam. Yang Islamnya tidak hanya pada teori, tapi dibuktikan. Along tahu, usia Along sudah jauh dari cukup. Along pun nak segera menikah. Perempuan mana yang tidak ingin berkeluarga dan mempunyai anak?" lanjutku hampir menangis.



"Tapi.. Tolong jangan desak Along. Mama tolong bantu Along agar boleh bersabar, tetap bertawakal pada Allah. Biar Along terpaksa menunggu sampai tua, Along sanggup daripada bersuamikan orang yang akhlaknya tidak "Islamik"... Kusaksikan mata mama berkaca-kaca. Diraihnya aku dalam pelukannya.

...........................................
Bersambung...


Monday, November 27, 2006

Masih sambut birthday.....


Emmm baru jak semalam aku buat sambutan kenduri doa selamat sempena birthday aku... malam ni buat lagi... hahaha... this time aku buat makan makan untuk kengkawan aku (As, Sue, Yus, Murni, Eka) yang datang nak celebrate birthdayku ... Dorang geram sebab tak dijemput semalam... so nak tak nak buat lagi malam ni... hehehe... simple jak, buat soto ngan mee goreng jak.. hehehe... (Tapi penat juga aku dibuatnya... arghh... )
Haha.. suddenly tanpa diatur, semua orang yang datang termasuk aku sekali pakai baju hitam malam ni... hahaha... macam sengaja jak.... accept murni la bab dia baru balik dari kerja terus datang ke rumahku... haha.. kesian dia, dia jak yang ganjil...

Anyway.. here's a pics of me and my friends yang datang ke rumahku... Kesian Eka, kali ni dah masuk kedua kali dia terlepas bergambar bersama... hahaha... lain kali jak laa...

Oh yaa.. if one of "you" read this blog... thank you for comin'.... i really appreciate it... especially the presents... hehehe thank you again... Friends forever.... peace :)

From left : Yus, As, Adry, Sue, And Murni (Eka dah balik)





Thanks for the presents!



Happy Birthday to me!!!



Hahaha... it's my birthday(25th November).... I'm so happy.... (Now i'm 22 years old... dah tua da... tak lama lagi kahwin... hahaha.. a few years lagi kot) First of all , i want to say THANK YOU very much to all my friends... thanks for all your wish.... Tak kira la yang sms ker (Penuh inbox) , Hantar Testimonial kerr (Friendster), yang telefon ker (Ada yang call jam 3 pagi!!) yang datang jumpa aku ker.. yang e-mail kerr.. yang bagi present kerr... yang hantar kad ker... semuanya aku hargai and thanks for being my friends... i really really appreciate it....



Emm untuk birthdayku kali ini... aku mempunyai beberapa azam... and one of it is i hope sebelum aku mencecah 23 tahun akan datang, aku akan mempunyai source of income... tak kisah la lumayan atau tak yang penting dah ada income sendiri.... Huhuhu....



Ok birthday kali ni , my families belum ada bagi apa apa present lagi.... hehehe (Nana, kalau ko baca blog ni .. paham paham la yerr.. hehehehe) Tapi aku tak la mengharap sangat... takda pun takpa... friends pulak... ada la dua tiga orang yang hantar kad wish birthday ngan aku.. hehehe ... thank you very much(ada kad yang sampai awal bulan lagi) Tak kurang juga yang bagi "Ang pau" masa doa selamat menyambut birthdayku semalam(Lagi senang kan, tak payah susah2 cari hadiah, bagi duit lagi bagus... hahahahahha)... majlis sambutan lewat sikit bab malam 25 hb tu banyak jemputan kenduri & Kenduri kahwin.... so terpaksala buat malam 26hb...hehehe



Oh ya.. parents ku ada bagi kek... hehhe.. (Ice Cream Cake.. tu gambar yang kat atas tu) lalala... sedap gak laa... mmmm ... lapar plak... hahahhaa....



Ok... kepada sesape yang nak ucap birthday wish kat aku dipersilakanla... talian masih dibuka 24 hours ... hahahaha...



Okla until then ....

Lambat tangkap pic... makanan dah nak abis da






Sunday, November 19, 2006

New generation of Islamic music?!!

SAMI YUSUF


I'm sure all of you heard the song from Too Phat feat Yassin called "Alhamdulillah" right... It's truly a great song... A lot of us, especially the young generation hope there will be more songs will be created which have the same concept of music . Fear no more guys, finally i have found one group who are very popular overseas called Outlandish (http://www.outlandmoro.com/) A group which originated from Denmark.




Kumpulan ini mempunyai lagu lagu yang cukup menarik, dinyayikan dalam bahasa inggeris dan latin (Hear "Aicha", "Look Into My Eyes" , "Walou"),it's truly had a very fresh type of music where most of the lyrics was Islamic or something that speak the truth on some very sensitive issues.. such as Palestine crisis. (See lyrics "Look Into My Eyes" from Outlandish) Emm dua daripada penyanyi kumpulan ini adalah penganut Islam dan penyanyi Latin called Lenny is a christian. Very odd collaboration right...




Another singer who are very popular worldwide is Sami Yusuf (www.samiyusuf.com) a singer from Britain. Popular hits from him is a song called "Al-Muallim". It's truly a great song which talk about our beloved prophet. Both of them , Outlandish and Sami Yusuf had a song together called "I've Seen" another great song from them.




Apa yang aku boleh katakan, diharap lebih banyak kumpulan atau penyanyi yang menyanyi dalam pelbagai konsep atau rentak tetapi mempunyai lirik lirik lagu yang bercorak Islamik atau memuji kebesaran tuhan akan dapat dilahirkan dan dicipta di dalam dunia ini, because you can't deny it as an alternatives to attract more and more people into Islam or at least to hear what we feel or what we have to say through our (Islam) perspectives.




Kepada semua pembaca blog ini, dengarla lagu lagu dari Outlandish and Sami Yusuf dari player yang terdapat dalam laman ini ok, mungkin kamu semua juga akan jatuh hati pada lagu lagu mereka seperti saya. (Kalau nak mp3 atau video clip lagu dorang boleh request from me ok) Peace :)




Tuesday, November 14, 2006

MyTeam.... Futsal!!!

I haven't post anything for quite sometime... hehe.. Sorry for that.. Harap anda semua tak jemu menunggu... I'm quite busy nowadays...

Ok here goes... Emm Last Sunday (Ahad Malam Isnin) I've gathered all my friends which is a frequent visitor in Allah's Home (Masjid Babus Saadah) and went to "Borneo Futsal" to play the game which is quiet popular nowadays... Haha it's very fun... Sekurang-kurangnya kami dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kami dengan mencuba aktiviti baru yang telah ku isytiharkan sebagai program mingguan untuk "Ahli Belia Masjid" Kg ini.. Dapat juga kami beriadah mengeluarkan peluh untuk menjana kesihatan untuk beribadah kepadaNYA.

Sekurang-kurangnya ada aktiviti baru selain aktiviti "Makan" atau "Melantak" setiap kali datang ke masjid... So from now, kami akan tubuhkan Team Futsal untuk Belia Masjid ini . (Nama Pasukan later la.. )

First, kami akan kumpul duit dengan setiap ahli perlu membayar RM1 setiap minggu tidak termasuk Yuran permainan... Kedua , Berlatih supaya lebih mahir dalam bermain Futsal. Third, dengan jumlah wang yang telah dikumpul , kami akan membuat baju untuk team ini... And lastly, setelah semua misi diatas tercapai... Kami akan menjemput mana-mana team futsal di Tawau untuk berlawan dengan team kami... Maybe someday, kami akan menganjurkan pertandingan Futsal untuk semua team futsal dari setiap masjid supaya dapat mengeratkan silaturrahim antara belia-belia masjid di Tawau ini.. Mungkin ini projek yang agak besar.. tetapi tak mustahil kan...
Emm do you have any suggestion for MyTeam's Name?? Ngah blank nak cari nama.. :(

Here's a few pic after the game we've played: