Tuesday, October 03, 2006

Awas!! Jerebu!!!

Bad news guys...




Emm dua hari dah berlalu dan jerebu di Tawau semakin teruk.... Sebentar tadi saya dapat sedikit info melalui Radio Tawau FM yang mengatakan IPU (Indeks Pencemaran Udara) Tawau berada di tangga yang teratas sekali di dalam malaysia untuk hari ini .... Can you believe it??!!! I don't know if you aware of this but in normal days, Tawau had the lowest IPU in Malaysia. (Watch Berita Perdana or any News Program in Channel 1 / TV1) Which means we supposed to have the cleanest air in Malaysia... but this had changed dramatically. It said, Tawau mempunyai jarak penglihatan sejauh 1 KM sahaja!!! Oh my God!!

So guys, if you happened to be in Tawau please be careful ok... pakai topeng atau tutupla hidung dan mulut ketika berada di luar rumah... a little advise from the radio... kurangkan aktiviti luar rumah... pakai penghawa dingin kereta ketika memandu.... pakai topeng.... banyakkan cuci muka... golongan berisiko tinggi seperti orang yang mempunyai penyakit jantung, paru paru , dan segala yang kronik diharap melalui pemeriksaan doktor jikalau penyakit seperti batuk batuk dan selsema berterusan atau menghadapi masalah susah untuk bernafas...




It's no a very good time to go for a vacation or relaxation activity...




A quick fact about "Jerebu"


JEREBU - PANDUAN KESIHATAN UNTUK ANDA
Apakah Jerebu
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapun-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.



Punca-punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada:
Pembakaran secara terbuka
Asap dari kilang
Asap dari kenderaan



Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU


STATUS
– Baik
- Sederhana
101- 200 - Tidak Sihat
- Sangat Tidak Sihat
- Berbahaya

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
Kanak-kanak
Orang tua
Mereka yang mengalami penyakit
Asma
Bronkitis
Radang paru-paru
Penyakit paru-paru yang kronik
Jantung
Alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda Dan Gejala Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah kepada jerebu termasuklah :
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.



Cegahlah Penyakit Akibat Jerebu. Ikuti Nasihat Berikut :-
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
Perokok ynag mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam rumah.
Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)
Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Waa Tawau Jerebu... Emmm habis
penuh Tawau ngan asap!! Yang best tu, tengah jerebu jerebu ni la kem askar dekat
hill Top tu boleh membakar kelmarin!! Eii nak cakap bodoh nanti marah! eii
lantaklaa..