Friday, September 29, 2006

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan!!!

Alhamdulillah... its puasa time!! Hehe... I'm really happy... because its RAMADHAN!!! Walaupun letih berpuasa , tapi insyaAllah dengan segala ibadat yang kita lakukan pada bulan ini diharap kita dapat diberikan petunjuk dan dapat mendekatkan diri pada tuhan rabbul izzati...

Walaupun pada awal bulan ini saya sibuk mengatur urusan keluarga, especially when my "dad" telah ditahan di wad hospital selama 1 minggu...

I really do hope that i can get the most out of this "barakah" month.... Thanks for the test YOU give me GOD, i reallly appreciate it as a prove of my humbleness towards YOU!

For all my muslim friends out there, Selamat Berpuasa! May GOD bless you on this Ramadhan al Mubarak... Thanks for all the whishes i got through sms...

Here's a quick facts about this month:



Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
#Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

1 comment:

Anonymous said...

Bapa Adry Sakit?! Napa ndak bagitau... kalau tak boleh aku datang melawat... Sakit apa??