Alhamdulillah, sejak kejadian malam tempoh hari itu, perlahan-lahan topik itu tidak dibincangkan. Kuraih pena. Dengan hati seringan kapas, aku mula menulis;
Kepada calon suamiku...
Usiaku hari ini bertambah setahun lagi. Tiga puluh tahun. Alhamdulillah. Ku harap, tahun-tahun yang berlalu, meski memudarkan keremajaanku, namun tidak akan pernah memudarkan ghairah Islamiah yang ada. Mudah-mudahan aku dapat tetap beristiqamah di jalanNya.
Viva masterku sudah selesai. Tak lama lagi kepakaranku akan bertambah. Aku akan mengambil cuti panjang untuk mengambil kursus menjahit dan memasak.
Alhamdulillah sekarang aku lebih aktif menulis dan menyampaikan pelbagai ceramah pada setiap ruang kesempatan yang ada. Aku semakin yakin berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam dan rupa.
Calon suamiku...
Aku maklum , bila sampai detik ini kau belum juga hadir. Permasalahan yang menimpa kaum muslimin begitu banyak. AKu yakin ketidakhadiran semata mata kerana kesibukan dakwah adalah satu kerja yang mulia. InsyaAllah, hal itu akan membuat penantian ini seakan tidak pernah ada.
Calon suamiku...
Namun jika engkau memang disediakan untukku di dunia ini, bil akau dah siap untuk menambah satu amanah lagi dalam kehidupan ini yang akan menjadi tanggungjawab di hadapan Allah. Maka datanglah. Tak usah kau khuatiri persediaan diri yang belum selesai, atau perkejaan yang masih sambilan. Insya Allah, iman akan menjawab segalanya. Serahkan semuanya kepada Allah. Jika Dia sentiasa memberikan rezeki, padahal kita tidak dalam keadaan jihad di jalan-Nya, lalu bagaimana mungkin Allah akan membiarkan kita, sedangkan kita sentiasa berjihad di jalan-Nya?!
Banyakkan berdoa , calon suamiku, di manapun engkau berada. InsyaAllah, doaku selalu sentiasa menyertai usahamu.
Wassalam.
Nota: Agak-agaknya, siapa nama kamu?

"Syahril... Nama saya Syahril."
Dub!! Aku tersentak. Pena yang kugenggam jatuh. Rasa-rasanya kudengar satu suara. Sedikit berjingkit, aku cuba menjenguk keluar. Sebelum aku sempat menyelak langsir bilikku yang memisahkan ruang tamu, kudengar suara papa memanggilku.
"Along...!"

Hampir aku terjatuh, ketika tergesanya menghampiri beliau. Sekilas mataku memandang bayang seorang lelaki berkaca mata, berdiri tak jauh dari papa, dengan wajah tertunduk, rapat ke dada. Di belakangnya, Luqman berdiri dengan senyuman meleret.
"Nah,Syahril, kenalkan ini Kartini. Puteri sulung pakcik. Ingat tak masa kecil dulupernah bermain sama?" Suara gurauan papa terdengar mesra.
Aku menoleh sesaat, yang dipanggil Syahril tetap menunduk.
"Takkan Along lupa... inikan anak pakcik Ibrahim, sahabat papa sejak zaman sekolah dulu. Dan sekarang, dia baru saja bertugas sebagai penasihat undang-undang di tempat Luqman kerja. Betul tak nak?"
Syahril mengangguk. Tapi tetap tidak ada uluran tangan.
"Assalamualaikum, Along..., Kartini. Saya Syahril."
Masya Allah! Aku masih melongo, terpegun.
"InsyaAllah, hari ini saya datang sebab nak berta'aruf dengan Kartini. Kalau Kartini setuju, hitbahnya boleh dijalankan secepat mungkin. Sesudah itu, mudah-mudahan boleh berjihad bersama-sama mungkin..."
Agak perlahan kudengar kalimatnya yang terakhir. Kulihat papa tersenyum lebar,melirikku.
"Apa,Along.. Hitbah? Melamar ya...???
Aku mengangguk pendek, tersipu. Tawa papa makin lebar. Aku masih terpegun.
..............................................................................
THE END
No comments:
Post a Comment