Friday, August 08, 2008

amplang on the way...

Hahaha... ya ya ... macam tajuk kat atas ... harap mereka-mereka yang dah bagi alamat ngan no tepon tu akan dapat keropok mereka nanti...

saya harap semua yang beralamat kat semenanjung malaysia akan dapat kiriman ni dalam minggu depan... sori bab lambat kirim... bukan apa lambat tunggu semua alamat... bila dah dapat semua baru saya kirim.... untuk kak neeza tu maybe dalam hujung bulan ni dapat la tu... jauh kan...


Jangan terkejut bab most of it come in red boxes with chinese word on it... kotak moon cake ... kotak kotak ni semua aku minta kat kedai kek tempat kawan aku bekerja... harap you all tak kisah... bukanla semua ... ada dalam 5 kotak yang macam tu...

Ok that's it... hope you all enjoy your amplang... (^_^)

Thursday, August 07, 2008

Soal kahwin .. (Luahan Hati)


Sana sini aku jumpa orang yang ku kenal almost 80% will ask the same question...


"WHEN WILL I GET MARRIED??!"


mungkin ayatnya berbeza tetapi isinya tetap sama....


Sebelum ni memang ada orang yang pernah tanya soalan ni... tetapi sejak kebelakangan ni lebih kerap... huhu... antara sebabnya ialah... aku dah jadi yatim piatu... rumah kat kg muhibbah ni kira besar la jugak... yang duk sini akak aku ngan aku jerr... so orang pun mula la cakap bila aku nak tambah makhluk dalam rumah ni.. huhu.... yela kalau akak aku kahwin mesti ikut suami dia kan... so kira harapan jatuh kat aku la...


Honestly... aku memang ada terfikir nak kahwin... settle down.... have a family... but not now... my mom blum sampai sebulan arwah.... lagipun aku nak ada steady income sebelum nak kahwin... at least RM3K atau 4K per month... kalau aku dah ada steady income every month mungkin aku dah ble fikir pasal hal ni... memang sebaiknya kita ikut nabi la kahwin time umur masuk 25 tahun... tapi kalau keadaan mengizinkan, insyaAllah....


Sebenarnya.. aku melalut panjang lebar ni bukan sebab apa.. semuanya kerana apa sorang pakcik ni cakap ngan aku tengah hari tadi yang duk buat aku berfikir-fikir dari tadi....


Tengah hari tadi ... aku duk lepak kat masjid pas solat zohor... sembang ngan seorang pakcik ni yang memang rapat ngan aku... selalunya kalau aku ada masalah kerr apa-apa jer la yang nak diluahkan aku memang cari pakcik ni... aku suka opinion mereka yang lebih tua ni.... banyak pengalaman la katakan... tiba tiba dia tanya hal ni... dia cakap , "Adry... kau ada fikir mau kahwin ka?"

Pakcik Tatim...


Aku jawab : "Adalah ba pakcik... cuma keadaan blum mengizinkan... pendapatan pun blum steady lagi... macam mana mau kahwin... ish... nak jaga anak orang ni bukan senang... insyaAllah nafsu masih boleh ku kawal... tak perlu la rushing rushing ni... aku takut tak dapat kasi makan anak bini ku nanti... tengokla sekarang makin lama makin naik harga semua... kos hidup makin tinggi.... " (Sorry... cakap sabah skit... based on a true story kan.. kalau ada yang tak faham tanya jak k.. )



Apa pakcik tu cakap... tak terlintas di fikiranku dia akan jawab macam tu... Dia cakap : "Adry... soal pendapatan tu kau tak perlu runsingkan sangat... satu jak kau perlu ingat... Allah ada bah!! (Sambil jarinya menunjuk ke atas) Kalau memang jodoh mu dah sampai insyaAllah Allah akan buka jalan dan bagi rezeki sama kau.... kalau dah diizinkan oleh Allah , silap-silap kau akan tambah berjaya dan rezeki akan datang mencurah-curah sama kau.... Yang penting yakin ngan Allah... solat jangan tinggal... selalu berdoa... insyaAllah...



Pergh... terkedu aku buat beberapa ketika... ni dah kira cam ayat pancung ni... aku pun tak tau dah nak cakap apa... huhu.... yag dapat aku cakap , insyaAllah aku akan fikirkan......



kahwin... pasangan..??? hisyh... yang ni kena k.i.v dulu.... lagipun too personal nak cerita dalam ni....



Heermmmmmmmmm emo plak aku pepagi ni.... mmm ble buat solat istikharah ni...



i think that's enough for now... puas skit hati aku...

Wednesday, August 06, 2008

Soaring Crane Qigong...

Ok.... aku tak tau bagaimana nak mula cerita berkenaan Tai Chi ni... huhu... banyak sangat ilmu yang aku dapat sejak aku join kelas ni... huhu... health benefit... oh sure... Tai Chi ni nampak jak mudah tapi sebenarnya susah wooo... berpeluh peluh aku dibuatnya... so selain aku dapat ilmu baru mengenai Tai Chi ni... kira exersice la juga... umpama seorang yang ku jumpa baru baru ni yang ibaratkan tai chi ni sebagai "chinese yoga"...


Buku yang aku dapat berkenaan Tai Chi dan langkah-langkahnya..




Bila dah tahu bagaimana nak buat dengan betul insyaAllah boleh membantu meningkatkan kesihatan badan kita selain membantu untuk menenangkan diri...



Ok Tai Chi ada banyak jenis dalam dunia ni... persatuan yang aku ikut ni dipanggil PERSATUAN HEXIANG ZHUANG QIGONG aka SOARING CRANE QIGONG.. secara keseluruhannya kami akan belajar 5 rutin dan semuanya mengambil masa dalam 3 bulan... semalam kami baru mula berlajar rutin yang ke-3... buat masa ni , rutin ke-3 ni la yang paling susah sekali berbanding pertama dan yang kedua... sebab banyak pergerakan pinggul dan kaki.... semalam kaki aku sampai bergegar-gegar dek kepenatan berlatih rutin ni.... nak drive balik pun satu hal....


Baju uniform untuk kelas Tai Chi



Untuk setiap rutin kami diajar langkah -langkahnya... part-part penting dalam badan manusia.. dan sebab-sebab serta kebaikan setiap langkah yang dilakukan dalam setiap peringkat... so now it's about 2 weeks i've been doing this... antara perubahan yang dapat dirasa aku tidak mudah penat ... dan pembuangan najis lebih lancar....



As my teacher said ,you'll feel much better... it's true...



Di sini aku dapatkan video rutin 1 & 2 Tai Chi yang aku blajar... bukan aku.. mat salleh mana tah .. aku ambik dari you tube.... masih ada kesilapan dalam pergerakannya... tapi cukup baik dan sesuai dijadikan contoh....






Mmm panjang dah ni.... Next time aku akan cerita lebih lanjut berkenaan Tai Chi ni..

Tuesday, August 05, 2008

Keropok Amplang... My Favorite..... nyum nyum (^_^)

Been very busy lately.... lama tak update blog.... huhu.... skarang tak tau nak cerita apa... nak mula yang mana satu .... huhu...


mmm sambil duk fikir-fikir ni sambil makan keropok peberet aku..... keropok apa?? pernah dengar keropok amplang??? hehehe... aku tak tipu la... memang wujud.... sapa yang pernah makan mesti cakap sedap....





keropok amplang ni keropok ikan ..... antara keluaran industri kecil yang wujud di kampung aku ni.... dah ada banyak pengeluar keropok ni kat sini tpi yang paling sedap adalah keluaran makcik Rahmah atau Rahmah Enterprise... rumahnya tak jauh ngan aku ... so senang jak nak beli kan.. tak payah pg pasar.... :)

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat keropok ni : Ikan Tenggiri, Tepung , Kanji, Minyak masak, Bawang Putih, Telur, Gula, Garam dan serbuk perasa yang dibenarkan... hehehe...


Selalunya dijual dalam bungkusan kecil (RM1)... Besar skit (RM5) dan yang paling besar (RM10)...






gambar keropok amplang yang telah dikomersilkan dengan pembungkusan yang lebih baik



Cara buat aku tak tau... aku tau makan jak... hehehe


Sapa nak rasa keropok ni?? mmm oleh kerana aku dah agak lama tak buat entri baru, 5 ORANG YANG TERAWAL MEMBERI KOMEN UNTUK ENTRI NI , AKU AKAN BAGI KEROPOK NI DENGAN PERCUMA!!
(^_^)


Thursday, July 24, 2008

Pemergian yang tidak diduga...

Mula-mula aku nak cerita tentang kelas tai chi yang aku ikut semalam... tetapi aku ubah fikiran, untuk entri kali ni aku nak cerita apa yang berlaku semalam selepas aku balik dari kelas tai chi...

Seperti yang aku dah katakan... semalam aku mula ikut kelas tai chi buat pertama kalinya start kul 8 pm hingga 9 pm... tetapi oleh kerana aku dah ketinggalan beberapa kelas sebelum ni aku terpaksa buat extra.. so semalam aku habis kul 10pm... balik dari kelas , aku kuar minum ngan akak aku sampai kul 10.30pm... so dalam kul 10.45pm aku sampai rumah... oleh kerana dah penat kejap jerr dah tidur... tetapi around pukul 11.10pm kawan aku Daud rupa-rupanya datang ke rumah... oleh kerana aku dah tidur abang ipar aku yang ambik pesan then kejutkan aku... apa pesanannya?? "Bang tolong bagitau si Adry bapaku meninggal dunia ya.." Lebih kurang macam tu la kata daud ngan abang ipar aku...

Innalillah wainna ilaihi rajiunn...


me and my friend daud...

Of course la aku terkejut!! Aku kelam kabut bersiap then straight terus pergi ke rumahnya.... Subhanallah.... kesian kawan aku ni... aku peluk dia dan bisik kata semangat kat dia... satu jak yang dapat aku kata masa tu... Sabar.. sabar... sabar....
bila dia dah agak tenang , aku suruh dia jangan terlampau bersedih , insyaAllah Ayahnya selamat.... sesiapa yang baru saja solat isyak berjemaah bersama dengan arwah pada malam tersebut mesti terkejut .... macam tak percaya bab baru jak jumpa... tapi ajal maut di tangan tuhan... tiada siapa yang dapat menduga...

Daud bertanya dengan aku... bagaimana aku hadapi situasi ni masa mak dan ayahku meninggal dunia... aku jawab, tak perlu bersedih sangat... sebab arwah cuma pergi ke alam lain... doa kita sebagai anak yang penting untuk membantu arwah ... menjamin arwah selamat di sana.... insyaAllah... doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya tiada penghalangnya....

Bila keadaan agak tenang , aku tanya apa yang telah berlaku.... dia cerita yang ayahnya memang ada penyakit jantung untuk sekian lama.... beberapa hari sebelum arwah... ayahnya memang susah nak tidur bab sesak nafas.... mereka adik beradik nak bawa ke hospital tetapi ayahnya berkeras tak nak... (mmm biasalah.. dulu arwah ayah aku pun tak suka pergi ke hospital tapi kalau dipujuk baik-baik mau jugak akhirnya.. )

Ok , pada malam tersebut arwah ayahnya hendak minum "coca cola" (Orang yang sesak nafas memang suka minum minuman bergas walaupun dilarang oleh doktor) jd anaknya yang paling bongsu pergi ke kedai runcit berdekatan tetapi tiada oleh itu dia pergi cari kat kedai runcit lain yang agak jauh... mungkin agak lama... ayahnya berjalan naik ke atas... beliau singgah kat kedai runcit berhampiran bus stop berdekatan masjid mencari anaknya... dia sempat bertanya dengan budak-budak yang lepak kat bus stop tu... "Ada kamu nampak si boy???" (Lebih kurang begitula ayatnya.. ) Kemudian tiba-tiba , mungkin akibat penat beliau terus sesak nafas dan terus rebah di jalan berdekatan bus stop di depan masjid ....

Dua orang yang tinggal berhampiran iaitu bang Izzudin dan bang zul datang memberi pertolongan dan menghantar arwah ke hospital... arwah sempat koma buat beberapa ketika sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir setengah jam kemudian...

Lebih kurang begitulah kejadian yang berlaku... buat keluarga Arwah diharap banyak bersabar... insyaAllah roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh ... aminn..


Wednesday, July 23, 2008

Blajar Tai Chi a.k.a Qiqong...


Dua malam lepas seorang kawan ajak aku ngan akak aku pergi kelas Tai Chi... so kitaorang setuju untuk pergi tetapi sekadar melihat keadaan dahulu....


Rasa cam berminat gak... kelas dia isnin hingga jumaat... tak lama , sejam jerr... 8pm sampai 9pm....


Kitaorang dapatkan Borang Penyertaan , insyaAllah akan start malam ni.... kepada you all yang nak join bolehla ikut... tp rasa-rasanya kamu mesti sekurang-kurangnya faham bahasa cina.. especially Mandarin...

Borang Penyertaan yang perlu diisi.. sori tak berapa jelas...



Lagu yang perlu dihafal... akan dinyanyikan setiap kali latihan Tai Chi dimulakan....


Gambar lupa nak tangkap... so for now tengok la sedikit video latihan Tai Chi yang sempat ku ambil...





Monday, July 21, 2008

Apa yang berlaku beberapa hari lepas...

Mmmm very busy sampai tak dapat nak update blog for the past few days.... sorie... sibuk sangat sampai terpaksa lupakan "internet life" buat seketika... Aku try cerita secara sepintas lalu apa yang dah berlaku dan siapa yang aku jumpa untuk beberapa hari yang lalu....


As you know.... keluarga angkat aku dari KL datang ziarah kami adik beradik di Tawau.... mereka datang bertiga.... Anak bang Rodin , Hanis from KK.... Mak ayah dia dari KL.... dah lama tak jumpa... about 5 years.... selama ni pun contact through sms jerr... kebetulan mereka ada sedikit kelapangan , mereka dapat datang ..... pagi hari sabtu lepas kami singgah ke tanah perkuburan untuk ziarah pusara mak dan ayah....
Oh yea.... Abang Rodin ni sekarang kerja di KPDN Wisma Putra... position dia aku dah lupa... dua tahun lepas dia Pengarah KPDN Sarawak.. dah naik pangkat so aku pun tak pasti apa jawatan dia sekarang... Banyak gak maklumat baru yang aku dapat dari dia... yelah... kan sejak harga minyak naik semua barang naik.. so dapat gak aku tahu cerita orang yang di dalam kementerian tu.... Latest, HARGA GULA NAK NAIK LAGI!!! Naik 30 sen...

Hanis yang belah kiri....

Sori takda pic keluarga angkat aku ni... lupa nak ambik.... semua berlalu terlalu cepat.... tapi aku sempat ambik gambar anak keluarga angkat aku ni... Hanis namanya... aku tak pasti dia anak keberapa dari abang Rodin... dia pun datang ke Tawau.... dia dari Kota Kinabalu.... student UITM KK... skarang wat praktikal di LPPP KK... Peramah dia ni... nice... baru jumpa pun macam dah kenal berpuluh tahun... hehehe...



a little info about her: Dulu after SPM... ayah dia hantar dia duduk kat rumah aku... kira macam cuti-cuti la... dia duduk kat rumah aku 5 bulan... itu first time dia sampai Sabah (Masa ni aku takda.. aku kat KL blajar)... time dia duduk Tawau, dia ambik lesen keta dengan mak aku... sampaila dia dapat offer masuk UITM KK... Dia kata.. first time dia masuk UITM KK... ramai orang ingat dia orang Tawau... hahaha.... abis... dia cakap sabah slang Tawau... hahaha sedangkan Ayah dia orang Kelantan, Mak dia orang KL.....


Ok, then aku berkenalan lagi dengan seorang ni.... kira macam bisnes partner la ni... baru kenal gak... kami jumpa pun bab seorang lagi kawan saya yang kenalkan... namanya Abdul Halim Abdullah... dia ni driving Tutor gak but from Institut Memandu KMK di Kota Kinabalu.... dia ada 2 kerja.... siang sebagai driving instructor ... malam sebagai wartawan untuk Akhbar Daily Express.... dia ni pun peramah gak...


Sebelum dia terbang balik ke KK ... sempat gak aku bawa ni makan-makan durian depan Grace Plaza di Bandar Tawau... hahaha... best best... lama tak makan durian... nyum nyum... Durian King Of Fruits... (^_^)