Wednesday, July 16, 2008

Award...


Maybe entri agak lambat skit... tapi aku tetap nak ucapkan bebanyak terima kasih yang sudi bagi pengiktirafan untuk blog ku ini...



Thanks to Akak "Kuina Jentayutiara" , Akak "Cendawanintim" dan kak Neeza Shahril bab bagi anugerah daily blogger ni...



Thanks for all of you yang ambil peduli terhadap blog aku ni... aku tahu ianya tak seberapa... but
anyway million hugs and kisses to all of you who cares....

Sunday, July 13, 2008

Terima Kasih Semua !!

First of all thanks to all fellow bloggers yang prihatin dengan komen komen yang telah diterima atas pemergian arwah ibu saya yang tercinta... sometime its not money that count, its the sincerity... i can feel that from all of you... straight from the heart...

Terima kasih saja ucapan yang dapat saya berikan...

Sori bab lambat balas komen you all semua... tapi aku janji akan balas semuanya, insyaAllah.... Ada masa aku akan visit semua page you all k... yang pernah bagi komen akan dapat priority...

For these few days.. i'm busy.... banyak urusan yang perlu diselesaikan dengan pemergian arwah... tak sangka dah jadi yatim piatu dah kami tiga beradik... huhu.. busy dengan urusan syarikat... kenduri tahlil... dan kunjung ziarah yang masih belum putus sebab masih ada yang baru dapat tahu walaupun dah 5 hari pemergian arwah... esok malam ketujuh arwah...

Ok.. that's all for now.. until next post...

Wednesday, July 09, 2008

Selamat Jalan Ma....

(Gambar sekadar hiasan)


Sori lama tak update.... busy.. busy... Latest news, my mom selamat kembali ke rahmatullah pada 8 Julai 2008 (Hari Selasa) Jam 2.30am di Hospital Besar Tawau... Aku dan akak aku berada di sisinya pada ketika itu.. Jenazah dibawa pulang ke rumah pukul 4.15am....

Jenazah selamat dikuburkan pada pukul 10.35am di Tanah Perkuburan di depan SMU Islamiyah Tawau..

Sedih memang sedih tetapi pasrah atas ketentuan ilahi... yang penting doa, insyaAllah akan selalu ku kirimkan kepada kedua ibu bapaku...

Begitu cepat masa berlalu... rasa seperti baru semalam menyambut Hari Ibu untuk mak aku... tak sangka itu merupakan kali terakhir ku dapat menyambutnya bersama.... I Love You Ma!! I really do.... Semoga Mak sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman... amiin ya rabbal alamin....


p/s: Terima Kasih yang teramat sangat kepada semua yang mengucapkan kata Takziah melalui SMS... E-mail... etc.... dan yang sudi datang ke rumah tak kira sebelum atau selepas jenazah dikebumikan... Jutaan terima kasih juga diucapkan terhadap sumbangan-sumbangan ihsan yang diterima sehingga mencecah ribuan ringgit... insyaAllah wang ini akan digunakan sebaiknya... Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua...

Saturday, July 05, 2008

Cucu nenek..

Bebudak ni balik bab nenek dorang sakit ... mak aku masuk hospital hari rabu lepas (pagi).....akak aku yang sulung balik ngan anak2nya ni hari rabu malam (malam Khamis)... so at least lepas gak rindu kan... anyway.. macam biasa... masih budak... dorang belum tahu yang nenek dorang sedang kritikal di hospital...




Ingat nak panjat dinding la tu... spiderman la konon...


Inilah yang best tentang budak... mereka belum tahu permasalahan di dunia.. semuanya seronok bagi mereka...
apsal kena cekik tu...

Alahai... malu la konon...



so sementara aku sedih-sedih ni aku rasa terhibur dengan bermain dengan mereka berdua ni... Alin dan Mimat... kakak dorang si Ain buat sementara tinggal di rumah atuknya yang lagi satu...


Atas .. atas... atas... hehehe

Friday, July 04, 2008

A few pics from the hospital...


Hospital Besar Tawau around 6.00pm...


Dalam kertas wad 8 tetapi dekat pintu tulis wad pesakit perempuan... sorry tak berapa clear...




Waktu melawat... selepas waktu melawat hanya perempuan yang dibenarkan masuk..

My mom condition.... (beberapa jam selepas di masukkan ke sini)

Latest news : satu tiub dimasukkan ke dalam badan mak antara leher dan dada untuk membuang cecair di paru-paru... Bantuan pernafasan sudah dikurangkan dari 80% ke 40%...

:Peratus hendak pulih memang tak banyak... tetapi selagi ada harapan usaha perlu diteruskan... apa pun berlaku sekurang-kurangnya kami telah berusaha....

Wednesday, July 02, 2008

Mak aku masuk wad 8 Hospital Besar Tawau!!!




Today i'm very very sad... pagi tadi my mom tiba tiba sakit kuat... nampak macam dah tenat sangat... maybe minor stroke...


I called 999 and the ambulance come and took my mom away... where? Of course the hospital... takkan ke pasar kan... direct ke wad kecemasan... There she got her immediate treatment... hope she'll be ok...


Mmmm mula mula the doctor who happened to be my "Orang Kampung" merangkap ex-student mak aku menjangka kan mungkin ada pendarahan di dalam otak!! oh my god! tetapi pukul 11.30am td.. my mom had her brain scanned and thank god takda pendarahan...


Sekarang the doctors (three person actually) still examined .... maybe ada kuman dalam badan mak aku... td (2.30pm) doktor tu nak buat LP (lumber puncture) untuk kesan jenis kuman yang ada...


Now, i don't know ... hope she will be ok... and yes of course i'm very sad... but in the same time... i just pray and hope she will be fine... it's my mom for god sake.. tetapi macam biasa... hidup mati di tangan tuhan... apa yang berlaku aku tetap akan menerima sebaiknya.. insyaAllah...


Mungkin tuhan nak uji kami sebagai anak... huhu... ok that's it for now..


Tuesday, July 01, 2008

Minyak naik semua naik...

Sebenarnya entri ni dah lama siap... about 2 days after the oil price hike... tapi simpan kat draft jadi pekasam... hehe... anyway... sehari selepas harga minyak naik ... ini antara kesan terawal harga barang2 yang ikut naik serta merta...
Semua ni berdasarkan tinjauan aku sendiri di beberapa keda runcit sekitar Tawau...


MAGGIE


Not my favorite... tak baik untuk kesihatan... tetapi antara makanan paling popular... especially buat student yang tight budget...



Menunjukkan kenaikkan yang paling mengejutkan dulu sebungkus macam gambar di atas ni dijual RM0.50 jak kan sekarang dijual sampai RM1 sebungkus!! Mak aih.. mahal gila...



Dah buat aduan.. tengokla nanti ada perubahan atau tak..


BERAS




Peningkatan harga yang tinggi gak.. Beras yang saya selalu beli.. kalau tak silap keluaran sazarice bungkusan warna merah yang jenis cap anggur tu biasanya dijual dalam RM28 naik kepada RM35.. peningkatan sebanyak RM7 untuk setiap 10KG



Dan beras wangi pun dah naik sehingga mencecah RM45-RM50.



KELAPA MUDA








My favorite drink... baik untuk badan... especially kalau panas dalam...




Normally kat sini sebiji kelapa dijual dalam harga RM1 sebiji... tapi selepas kenaikan harga minyak yang melambung... sekarang dijual RM1.50





KEROPOK



Kepada yang suka makan keropok ringan tu especially budak-budak kecik tu... tiada lagi keropok yang dijual RM0.10 sebungkus ... semua jenis dah naik RM0.20 sebungkus..



Yang peminat keropok Tasen dan sewaktu dengannya yang biasa dijual dalam RM0.20 sebungkus naik kepada RM0.40 sebungkus...



Ini tak termasuk keropok jenama terkenal seperti double decker...Twisties...dan etc ....



P/S: ini kenaikan paling awal yang dapat dikesan... pasni mesti macam macam lagi naik... semua ni dari mata kepala aku sendiri.. walaupun ada kawalan yang dikenakan tapi belum tahu mencukupi untuk mengawal peniaga dari menaikkan harga sesuka hati mereka..

:Tak dapat bayangkan kalau takrif letrik dan air pun naik sekali.. huhu.. makin tersepit rasanya... minyak ni pun dah seksa...