Saturday, June 07, 2008

Selamat Pengantin Baru... Muhammad Soffian & Suriati


Kepada sesiapa yang mengenali kak suriati ... ex Ajk PERPPIS Tawau... dan tidak dapat menghadiri majlis perkahwinannya... di sini saya attach gambar-gambar majlis perkahwinannya di Tanjung Batu Laut....

Alhamdulillah nasib ada kawan nak pergi majlis kahwinnya ni... Thanks to Amsah.. Burhanuddin... Sabahrullah... and some of their friends whom i forgot to ask their name...

Hati-hati semasa membeli...

Berita yang agak mengejutkan.... saya terjumpa di dalam laman web persatuan pengguna Islam.. i think i should share it with all..



RM200 ratus hanya untuk cekak rambut... waa... so expensive... da la tu haram plak...


Nice to see nice to hold.. but beware....


Friday, June 06, 2008

It's from today's news.. berita harian... get ready to recalculate your expenses


Harga barang mula naik
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20080605232928/Article/index_html

KUALA LUMPUR: Baru sehari harga petrol dan diesel dinaikkan, beberapa persatuan dalam pelbagai sektor termasuk pengangkutan dan makanan sudah pun mula menaikkan harga perkhidmatan dan jualan masing-masing, sesetengahnya berkuat kuasa serta-merta.

Persekutuan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) semalam mengumumkan akan mengenakan caj tambahan antara RM10 dan RM50 sebulan mulai Isnin ini, manakala Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur menaikkan harga perkhidmatannya sebanyak 35 peratus, berkuat kuasa serta merta.

Kenaikan kos pengangkutan itu turut memaksa pemborong serta peniaga makanan basah termasuk ikan dan sayur menaikkan jualan masing-masing.

Pengerusi PPPBSM, Chee Ah Tey, berkata 34 persatuan yang bergabung dengan persekutuan berkenaan membabitkan 8,000 pengusaha, bersetuju mengenakan caj tambahan itu sementara kerajaan meluluskan tambang baru bas sekolah.


Beliau berkata, caj tambahan RM10 akan dikenakan bagi jarak dekat seperti dalam kawasan perumahan, manakala kadar maksimum RM50 bagi perjalanan melebihi 30 kilometer, termasuk ke Singapura.

Chee berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini, untuk membincangkan kadar kenaikan tambang bas sekolah serta perkara lain yang membabitkan pengangkutan itu seperti harga
tayar, bateri, alat ganti dan gaji pekerja.


“Kenaikan akan berlaku, tetapi peratusannya akan diketahui selepas satu atau
dua bulan kajian dibuat oleh KPDNHEP. Tetapi sementara menunggu keputusan
dibuat, caj tambahan itu terpaksa dikenakan untuk menampung kos operasi,”
katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen seliter, iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70, manakala harga diesel dinaikkan RM1 daripada RM1.58 kepada RM2.58.

Pengarah Urusan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur, Alvin H M Choong, pula berkata pihaknya terpaksa menaikkan harga perkhidmatan sebanyak 35 peratus bagi menampung kos operasi.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar ahli majlis persatuan berkenaan sebaik kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api.

“Kenaikan harga diesel sehingga RM1 itu mengejutkan serta mencetuskan situasi cemas industri perkhidmatan pengangkutan. Sebilangan ahli bercadang menghentikan perkhidmatan sehingga kadar baru diumumkan,” katanya dalam satu kenyataan,

semalam.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pemilik Lori Pan-Malaysia (PMLOA), Er Sui See, berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memutuskan kadar kenaikan kos pengangkutan itu.

Tinjauan Berita Harian di pasar sekitar Lembah Klang mendapati hampir semua pemborong, peniaga serta peruncit bercadang menaikkan harga barangan berikutan kenaikan kos
pengangkutan.

Pengerusi Persatuan Pemborong dan Pembekal Ikan Melayu Wilayah dan Selangor, Ariffin Zakaria, berkata pihaknya akan menaikkan harga ikan sehingga 10 peratus sekiranya pengusaha lori meningkatkan harga perkhidmatan mereka.

“Kita tertekan dengan kenaikan kos pengangkutan 35 peratus itu dan mungkin kita juga terpaksa menaikkan harga ikan sehingga 10 peratus esok (hari ini),” katanya.

Pengerusi Persatuan Penjual-Penjual Sayur Malaysia, Soo Cheng Kee, berkata peningkatan kos perkhidmatan yang ditetapkan pengusaha pengangkutan itu terlalu tinggi dan membebankan peniaga.


“Sekiranya ia meningkat secara berterusan, harga sayur pasti akan naik walaupun kini peniaga masih mampu menanggung kos kenaikan itu,” katanya.


Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Melayu Pasar Selayang, Samad Saleh, berkata pihaknya akan menaikkan harga sehingga 30 peratus jualan semua
barangan basah di pasar itu.

Sementara itu, Presiden Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah, berkata pihaknya akan menunggu perkembangan semasa berhubung isu minyak sebelum menaikkan tambang.

“Kita akan hantar memorandum kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan berharap perkara itu akan dikaji dalam masa terdekat,” katanya.

Pengurus Besar Komunikasi Rapid KL, Ebi Fazly Abdullah, berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincangan bagi merumuskan langkah yang perlu diambil berikutan kenaikan harga minyak.

“Kenaikan harga minyak tentu memberi kesan kepada kos operasi kami, tetapi tambang
perkhidmatan kami tidak boleh dinaikkan sesuka hati,” katanya.

Thursday, June 05, 2008

Minyak oh minyak...

gambar hiasan

Semalam dekat sejam aku menunggu giliran mengisi minyak di stesen Esso berdekatan Kg Muhibbah ni... ini semua gara-gara Pak Lah umumkan akan menaikkan harga minyak mulai hari ini... Petrol dari RM1.92 kepada RM2.70 .. kenaikan RM0.72 manakala diesel dinaikkan dari RM1.58 kepada RM2.58...kenaikan RM1

Baru saja hendak bersedia kerana sebelum ni keluar kenyataan di media yang harga minyak petrol dan diesel akan dikaji dan berkemungkinan akan dinaikkan pada OGOS 2008... Tapi PM TERSAYANG ni pula umumkan secara mengejut petang kelmarin yang harga minyak akan dinaikkan mulai 12.00am malam ni...

Oh my dear prime minister... you should at least give us a sign... kalau terdesak sangat nak naikkan harga pun sepatutnya umumkan la yang harga akan dinaikkan lusa supaya taklah kelam kabut rakyat dibuatnya..

As i always said to all my friend yang apabila BN dah menang pilihan raya , maka jangan hairan kalau semua harga akan mulai naik dan dimulakan dengan Harga Minyak...

Walaupun aku bercakap secara berseloroh... ada juga yang menerima secara bersahaja tetapi ada juga yang penyokong fanatik ni yang terus menentang dan berkata Najib dah berjanji tidak akan menaikkan harga minyak selepas pilihan raya.. lalu dicanang la suratkhabar yang ada mengeluarkan kenyataan najib itu ke sana sini... so now, mana janji tu?? I hate told you guys that i've said so.

Apabila harga komoditi ini telah naik secara automatik semua harga akan naik... tambang bas ... bahan binaan... sumber makanan... semua... Bukanlah saya hendak sangat menentang kerajaan, tetapi rasa rakyat malaysia ni dah cukup terbeban... memanglah harga minyak kita lebih rendah jikalau dibandingkan dengan negara lain... tetapi jangan la dibandingkan dengan negara seperti singapura yang secara jelas merupakan negara pengimport segala bahan dari air.. beras.. minyak dan etc... Lagipun taraf hidup dan pendapatan mereka jauh lebih baik dan berlipat kali ganda dari kita di Malaysia.


Kalau nak banding pun bandingkan la dengan negara pengeluar minyak yang lain...

Pemimpin-pemimpin kesayangan kita ni sepatutnya mulai berjimat cermat dalam mengurus dan menggunakan wang rakyat. Di sini antara pokok asal yang pasti akan meningkatkan kewangan negara dan subsidi boleh terus ditambah untuk menurunkan harga minyak negara.

Apa sangatla RM626 dan RM150 yang bakal diberi tu sedangkan semua harga dari pengangkutan... makanan naik...

Kerajaan dipilih oleh rakyat adalah untuk mengurus kehidupan rakyat supaya boleh menjadi bangsa yang makmur dan tidak dihimpit kesusahan... contohilah tokoh tokoh islam yang pernah membuktikan dengan pengurusan yang baik.. telus... boleh meningkatkan status hidup rakyat dalam masa yang singkat sehingga tiada satu pun rakyat yang miskin ... dan tiada yang layak menerima wang zakat.. Ini TIDAK MUSTAHIL!!

Apabila kerajaan bijak bertindak... telus... dan jujur ... secara automatik rakyat yang cemerlang ... gemilang... dan terbilang dapat dilahirkan. Bukankah itu yang sering diinginkan oleh kita semua.

Ya Allah ... berilah petunjuk kepada kami semua... lindungilah kami ya Allah... Berilah kami kekuatan dan kesabaran di dunia ini... amiinn...

Tuesday, June 03, 2008

Happy Birthday Nanang....

Kebetulan ada rezeki dan ada masa lapang sikit.. aku keluar lepak ngan member aku si Ahmad Akbar atau si nanang... dah kebetulan 1hb lepas birthdaynya so kami celebrate la skit.. just the two of us... at pizza hut yang baru di renovate tu...


ok la .. nice place to hang out with your frendz...




Monday, June 02, 2008

Filem kodokz... dari kepala hotak afdlin shauki... LOS & FAUN

I love this guy... i think he is one of the most approachable artist in this country... but anyway... here's two poster from his blog... it's for his upcoming movie.. LOS & FAUN... hehe



which one will you prefer..



so don't forget to support our local film industry... hehehe... macam berita plak.. Ahaks

Saturday, May 31, 2008

Kahwin lagi....

Hari ni banyak betul jemputan... macam macam jenis ... ada jemputan aqiqah... huhu ... nak berzanji lagi... jemputan kahwin... hermm... kadang kadang penat untuk tunaikan jemputan orang saja...

Anyway... here's a pic dari majlis kahwin di merotai... keluarga ni... ex kuharian gak.. ex aspura... ramai senior kuhara aku jumpa di majlis kahwinnya ni... huhu... haidir mustamin.... si kamarudin... abdullah sultang are some of the senior yang aku jumpa.. sempat gak bertanya khabar... nak gambar lupa plak...

ada yang jadi guru... ada yang dah jadi engineer... wah

aku dapat tahu dari haidir... kakaknya Kak Intan atau aku panggil kak Ain dah kahwin bulan 3 tahun ni... skarang dia kerja di Kastam... lupa plak aku tanya kastam mana... Tawau atau KK... huhu... again lupa lagi nak minta no fon kak ain... sayang tak dapat pergi majlis kahwinnya...



huhu best of luck for all of them..