Thursday, October 12, 2006

"Calon Buat Along" ( My favourite story..) "Part 1"


Assalamualaikum everyone.. here i retype a story i got from a "risalah" which was a gift from a friend of mine from the past years.. This story was published in page 13 Risalah Al-Amilin Edisi Ramadhan/Syawal 1423 by Lajnah Penerangan DMPKT (Dewan Muslimat Pas Kawasan Tawau) ... i don't really know where is this story originated from but hey, it's a good one... it's about a dilemma faced by a lot of girls out there, its about "Jodoh"

CALON BUAT ALONG

Calon suami???!!!
Phuf... kuhembuskan nafasku kuat-kuat. Bosan! Lagi lagi pasal calon suami yang dibincangkan. Bayangkan,sudah dua bulan kebelakangan ini tidak ada topik yang lebih menarik di rumah ini melainkan soal suami.

Semuanya sama. Papa yang selalu menyindir,sudah teringin menimang cucu. Mama yang berulang kali menasihatku agar tidak terlalu memilih pasangan. Malah Luqman, adikku yang diharapkan dapat menenangkan suasana, turut sama menggoda. Lagi menggeramkan aku apabila si kembar Nani-Nana yang masih mentah turut sama membebel.

"Along...!" Kudengar mama dari ruang tamu. Perlahan-lahan aku bangun dari meja belajar. Setelah membetulkan tudung, aku keluar.

"Ada apa Ma?" tanyaku lembut. Pada masa yang sama kulihat seorang lelaki duduk di sofa ruang tamu. Sepasang mata Mama yang bersinar-sinar. Oo.. Oo..! Ni mesti ada sesuatu yang tak kena, bisikku dalam hati.

"Along,perkenalkan pembantu Papa di pejabat. Hebatkan! Masih muda dah jadi penolong pengarah. Kenalkan ini.... Zoii"

"Zoy,Makcik!"

"Eh, iya, Zoi" Aku hanya mampu menahan ketawaku.. Mama.. Mama...!

Rasa geli hatiku lenyap serta merta apabila aku terpaksa turut sama hampir dua jam mendegar perbualan mama ngan si Zoii tadi. Bukan main berlagak! Batinku menggerutu sendiri. Asyik bercerita tentang pengalamannya ketika berada di luar negara.

Bertambah meluat apabila kulihat terdapat pancaran kekaguman di wajah mama. Betul betul si Zoii ni tak sensitif. Dia tak perasan ke aku membisu seribu bahasa? Tapi dia tetap mengomel tak berhenti.Kupanjatkan syukur yang tak terkira ketika akhirnya dia pulang.

Bila kuceritakan peristiwa itu kepada adikku,Luqman, dia hanya tertawa. Aku balingkan bantal ke arahnya. Aku menarik muka masam. "Bawa bertenang kak,Sabar! Innallaha ma'ashabirin!"

"Sebenarnya Along bingung la,Maman! Habis tu satu rumah asyik perli Along. Maman fahamkan, pilih suami tu bukan semudah memilih ikan di pasar. Bukan senang nak cari lelaki yang soleh sekarang,susah. Along tak nak pilih ikut tangkap muat je. Salah pilih risikonya besar. Bukan main-main, bahana dunia akhirat!"

Aku mula melihat keseriusan di sudut matanya. Cuma sekejap,sebelum ia kembali menggodaku.

"Atau hendak tak kalau Luqman yang carikan???!" Lemparan bantalku kembali melayang.

................................................................

Kriiiing...!!!
Kumatikan bunyi jam yang membangunkanku. Pukul tiga suku. Aku bangkit ke bilik air mengambil wudhuk. Secara spontan kulihat wajahku di cermin. Oh begini rupanya gadis di penghujung usia dua puluh sembilan? Patutlah papa dan mama begitu bimbang.
"Jangan cemas wahai saudaraku, ini bukan nasib buruk! : bisikku menghibur. Walau apa pun terjadi aku mesti bertawakal pada Allah. Jodoh,rezeki dan maut , Dia yang menentukan. Menemui jodoh di dunia bukanlah satu kepastian yang akan kita raih dalam hidup. Ada hal lain yang lebih penting, lebih pasti. Ada kematian, maut yang pasti kita hadapi. Sesuatu yang selama ini sering kuucapkan kepada saudara muslimah yang lain, ketika ramai di antara mereka begitu resah menanti calon suami yang tak kunjung datang.
"Sebenarnya kita ini lucu,kan? Kita lebih kerap membincangkan masalah pernikahan, hal yang belum tentu terjadi. Maksud Along, berlalunya waktu dan usia, tidak seharusnya membuatkan kita lupa untuk berfikir positif kepada Allah. Boleh jadi calon kita ini bukan untuk kita di dunia, tapi disediakan di syurga. Mungkin Allah ingin memberikanku yang lebih baik, siapa tahu?" ujarku optimis dua tahun yang lalu.

Astagfirullah! Ishbiri ya ukhti, isbiri... Tanganku masih mengadah, berdoa, ketika aku mendengar azan subuh berkumandang. Hari baru kembali hadir. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, memberiku peluang untuk hidup sehari lagi agar aku berkesempatan untuk beramal dan bertaubat.


Selesai berurusan dengan mama untuk masalah Zoy, aku terpaksa menghadapi makcik Ida pula yang sedang sibuk mempromosi calonnya untukku. Hemm! Lagi-lagi aku hanya boleh mengiakan saja walaupun tak pernah rela.


"Terserah pada along, Yang penting, tengok dulu orangnya. Mudah-mudahan along suka. Dia anak orang kaya. Bapanya ada berpuluh-puluh ekar tanah getah di Kampung Muara. Tapi orangnya bukanlah kekampungan. Lulusan universiti juga seperti kamu!" Promosi makcik Ida bersemangat.


Dua hari kemudian, makcikku datang dengan "Calon"nya,]


"Junaidi, panggil aje Junaid!" Aku hanya mengangguk, tak membalas uluran tangan yang diajukannya.


Selama perbualan berikutnya, berkli-kali aku terpaksa menahan diri untuk tidak lari masuk ke dalam. Aku tidak ingin menyinggung perasaan makcik Ida. Apalagi beliau bermaksud baik. Hanya saja, asap rokok Junaid benar-benar membuatku mual. Malah dia merokok tidak terhenti-henti. Habis sebatang,sambung sebatang. Dengan berani pula dia mengkritik penampilanku.


"Cik Kartini jangan tersinggung , ye. Saya memang pelik melihat perempuan memakai tudung "begini". Kenapa tak nak memilih pakaian dan tudung yang aneka warna dan fesyen?! Saya kalau mempunyai isteri, pasti saya akan menasihatinya untuk membeli baju yang warna warninya cerah dan menawan. dan semestinya bervariasi. Seperti trend bertudung sekarang. Saya rasa apa salahnya kalau sesekali berfesyen. Maksud saya biarlah jangan sampai kelihatn seperti "karung" berjalan. Betul tak, Tini? haha...


Secara tiba-tiba air mukaku berubah. Tanpa menunggu puntung rokok ketujuhnya habis, aku mohon diri masuk dalam. Aku biarkan makcik Ida di ruang tamu bersama tetamu. Pujukan makcik Ida tak mampu menggugatku. Dengan perasaan kecewa, beliau melangkah keluar. Sempat kudengar makcik Ida bercakap-cakap dengan papa dan mama. Sempat pula kudengar komen-komen mereka yang bercampur kecewa, sedih. Ya Allah Kuatkanlah hamba-Mu.


.................................................................


Bersambung...




Monday, October 09, 2006

Penatnya tulis kad raya... :)


Emm today i'm really busy writting raya card to everyone i know... every friends that i have his/her address... Walaupun pada mulanya saya malas nak buat, especially kerana kemudahan internet sekarang tapi bila saya fikirkan semula i think Cyber Greeting Card can't beat an actual Greeting Card yang ditulis menggunakan tangan... Digam dengan gam air.... dikirim menggunakan Setem... Yeah maybe ianya lebih lambat and konvensional tapi cyber greeting card will never replace it because an actual card can bring a nostalgic memory to the person sending it and it show the sincerity/keikhlasan dalam berkawan!! It really show that we do care about the person!!


To all my friend , tak kiralah yang baru atau lama... My Kad Raya is on their way to you!!! I'll send it today! (Ini adalah khas buat kengkawan, keluarga , keluarga angkat saya di seluruh Malaysia and oversea tak kira di mana mereka berada yang penting selagi Alamat anda ada pada saya insyaAllah saya akan kirim kad khas buat anda) with a message : I REALLY Love you all and saya Ikhlas nak Berkawan dengan anda semua!! Dengan Ingatan Tulus dan Ikhlas , Maaf Zahir & Batin!!!


P/S: Kepada kengkawan yang kat oversea tu , kalau kad lambat sampai sorilah ekk... Sesaper nak kad raya ... be my friends .. ahaks :)

Thursday, October 05, 2006

Tipu! Tipu! Tipu!

Argghhh... tension giler... ScaM! That's the name.. emm how can i start this... emm it's all about I.M Tawau (Institut Memandu Tawau), yeap setiap kali aku fikirkan insititusi ini yang pasti akan berlegar dalam kepala aku adalah PENIPUAN…. Emm memangla tak semua tipu, tapi I hate the way this company run its business… I’ve been with this company since I was a child… before I.M Tawau was established… before Sekolah Memandu Sakiya…. So I know all about this company and how it run it’s business…


Lesen Terbang… Gerenti Lulus… Bayar, keluar Lesen… arghh this is all the terms I heard for the past few years… it was a clean organization before, but now… I don’t know what to say…

Today I am very angry…. Especially a former staff who always been nice to me and my family, tetapi telah dipecat minggu lepas sebab kegiatan menipu 10 orang untuk urusan Lesen GDL terbongkar… only a week after she was fired, satu lagi penipuannya terbongkar… and this time it involves my mom… Dia telah berpakat dengan seorang TONTO or Fake Runner named “Ita” Taman Semarak (Beware of this women) untuk membuat loan di Bank Eon untuk membeli sebuah kereta Kenari.. Yang meminjam adalah manusia yang bernama Ita ni laa… dia takda kerja… yang aku tahu selama ni dia cuma menjadi orang tengah untuk urusan lesen antara customer dengan I.M … jadi its like a part time job… but it is unofficial…. So senang cerita minah ni memang takda kerja la…

Dipendekkan cerita , dia nak buat loan bank dengan menyatakan kononnya dia bekerja dengan I.M Tawau… dengan gaji sekian sekian … then the former staff tolong dia buatkan statement menggunakan letterhead company …. Kemudian dibawah statement tu disahkan oleh mak aku!! Dah la buat statement palsu , then boleh curi cop mak aku dan tiru tandatangan mak aku!! Arrrgghhh rasa macam betul betul ditikam dibelakang!!! (For the info , My Mom is one of the board of director of this company)

Sekarang benda ni dah jadi kes polis… I really hope the two of them get the punishment they deserve…


P/s: Aku berdoa semoga sebuah syarikat baru yang bakal menjadi saingan hebat untuk syarikat ini dapat dibuka dengan segera. Nanti aku akan cerita tentang company ini in the next post!

Tuesday, October 03, 2006

Awas!! Jerebu!!!

Bad news guys...




Emm dua hari dah berlalu dan jerebu di Tawau semakin teruk.... Sebentar tadi saya dapat sedikit info melalui Radio Tawau FM yang mengatakan IPU (Indeks Pencemaran Udara) Tawau berada di tangga yang teratas sekali di dalam malaysia untuk hari ini .... Can you believe it??!!! I don't know if you aware of this but in normal days, Tawau had the lowest IPU in Malaysia. (Watch Berita Perdana or any News Program in Channel 1 / TV1) Which means we supposed to have the cleanest air in Malaysia... but this had changed dramatically. It said, Tawau mempunyai jarak penglihatan sejauh 1 KM sahaja!!! Oh my God!!

So guys, if you happened to be in Tawau please be careful ok... pakai topeng atau tutupla hidung dan mulut ketika berada di luar rumah... a little advise from the radio... kurangkan aktiviti luar rumah... pakai penghawa dingin kereta ketika memandu.... pakai topeng.... banyakkan cuci muka... golongan berisiko tinggi seperti orang yang mempunyai penyakit jantung, paru paru , dan segala yang kronik diharap melalui pemeriksaan doktor jikalau penyakit seperti batuk batuk dan selsema berterusan atau menghadapi masalah susah untuk bernafas...




It's no a very good time to go for a vacation or relaxation activity...




A quick fact about "Jerebu"


JEREBU - PANDUAN KESIHATAN UNTUK ANDA
Apakah Jerebu
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapun-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.



Punca-punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada:
Pembakaran secara terbuka
Asap dari kilang
Asap dari kenderaan



Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU


STATUS
– Baik
- Sederhana
101- 200 - Tidak Sihat
- Sangat Tidak Sihat
- Berbahaya

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
Kanak-kanak
Orang tua
Mereka yang mengalami penyakit
Asma
Bronkitis
Radang paru-paru
Penyakit paru-paru yang kronik
Jantung
Alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda Dan Gejala Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah kepada jerebu termasuklah :
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.



Cegahlah Penyakit Akibat Jerebu. Ikuti Nasihat Berikut :-
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
Perokok ynag mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam rumah.
Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)
Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Friday, September 29, 2006

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan!!!

Alhamdulillah... its puasa time!! Hehe... I'm really happy... because its RAMADHAN!!! Walaupun letih berpuasa , tapi insyaAllah dengan segala ibadat yang kita lakukan pada bulan ini diharap kita dapat diberikan petunjuk dan dapat mendekatkan diri pada tuhan rabbul izzati...

Walaupun pada awal bulan ini saya sibuk mengatur urusan keluarga, especially when my "dad" telah ditahan di wad hospital selama 1 minggu...

I really do hope that i can get the most out of this "barakah" month.... Thanks for the test YOU give me GOD, i reallly appreciate it as a prove of my humbleness towards YOU!

For all my muslim friends out there, Selamat Berpuasa! May GOD bless you on this Ramadhan al Mubarak... Thanks for all the whishes i got through sms...

Here's a quick facts about this month:



Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
#Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Saturday, August 26, 2006

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Tak lama lagi kita akan menyambut hari bersejarah buat negara kita yang perlu diingati dan diinsafi akan apa yang pernah berlaku tidak akan berulang kembali.... Yeap it's our "Independence Day"..... fuh, terlalu banyak onak dan dugaan yang negara ini pernah lalui sebelum kita dapat menikmati kemerdekaan yang kita telah kecapi kini...


What do you think about this celebration??? To me it's about lots of things... Ia bukan sekadar bermaksud keamanaan, tapi ia juga memberi kita kuasa penentu akan nasib bangsa dan negara kita sendiri... Kalau kita lemah, maka lemahla negara kita... tapi kalau kita kuat, maka kuatlah negara kita, stabil dan makmur... it's all in our hands..



Bak kata pepatah... tak kenal maka tak cinta la kan... here's a quick fact : After independence in 1957, Kuala Lumpur was the capital of the Federation of Malaya and continued to be the capital of the renamed Federation of Malaysia in 1963. For the occasion of independence, A large stadium, Stadium Merdeka (Independence Stadium), was built, where Malaysia's first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman, declared Malaya's independence in front of a massive crowd. With the shouts of "Merdeka! Merdeka! Merdeka! and the Malayan flag was raised.




The formation of the Federation of Malaysia was then announced on September 16, 1963. However the Independence Day celebration is still held on August 31, the original independence date for Malaya. This has caused some minor discontent among East Malaysians in particular since it has been argued that celebrating the national day on August 31 is too Malaya-centric.


Jadi itula sebabnya 16 September setiap tahun di Sabah , dan Sarawak cuti bagi mengenangkan peristiwa ini yakni kemasukan negeri ini ke dalam Persekutuan Tanah Melayu yang digantikan dengan nama Malaysia.

I think that's enough right... kalau tak cukup tanya saya atau buat research sendiri ...


I hope that this country will progress ... and makes it way to Vision 2020 with all the effort of our joined forces as a Malaysian citizen... anway I'M PROUD TO BE MALAYSIAN

Friday, August 25, 2006

Tawau....Tawau...Tawau....


For those who never been to Tawau... then this will give a glimps of what Tawau is ... For those who used to be in Tawau but now in different place then you would be amazed of what have Tawau become... (ecspecially for those who left Tawau for quite a long time)

This is a dedication to "Tawau" for being such a place to lived in... at least i have something to do for now :)

Tawau adalah salah satu daripada tiga bandar utama di negeri Sabah... terkenal sebagai "Bandar KOKO" sebab daerah ini merupakan pengeluar produk produk berasaskan koko yang terbesar di malaysia... where do you think yours favorite chocolate come from... or some of the famous drink.. wink ;)


I think Tawau is the most developing city in Sabah... Check this out... started as a tiny area located at the Southeast coast of Sabah, which is about 500km from state capital, Kota Kinabalu. It is the third largest town and also has the fastest rate of development in Sabah. The Tawau residency comprises of Merotai, Kalabakan, Kunak, Semporna and Lahad Datu. Tawau is a coastal town and it links with the Tawau airport which has daily scheduled flights from Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu and Tarakan in Kalimantan, Indonesia. There's a big sea port near the town centre and Tawau is connected by major roads like the Tawau-Lahad Datu highway and the Tawau-Kunak highwayTawau.

Best of Tawau :

Tawau Tanjung Market...the biggest market in Malaysia... The Tawau Tanjung Market costs RM 17 million to complete. It has 6,000 stalls . It is located at the town centre and completed in the year 1999. Tawau Tanjung Market claimed to be the biggest in Malaysia. In 1999 it was a major construction for Tawau since the 80's.


Al-Kauthar Mosque... Sabah's largest mosque...


Maktab Perguruan Tawau.....The Largest Teacher's Training College In Malaysia Tawau Teacher Training College is an impressive landmark in east Sabah costing the government RM86 million. It is the largest teacher training college in Malaysia.

Teck Guan Cocoa Museum Tawau....THE ONLY COCOA MUSEUM IN ASIA

SHAN-SHUI GOLF & COUNTRY CLUB..... THE BEST GOLF COURSE IN ASIA



The Only Survivor....BELL TOWER of Tawau...the only historical building in Tawau to survive World War II...


First Modern SHOPPING COMPLEX -- EASTERN PLAZA (Under Construction) When Eastern Plaza completed by December 2006, this building will be the largest shopping complex in Tawau.

Tawau's Sports Complex (Under Construction) Developer : Denrich Corporation Sdn Bhd Contractor : THG Construction Sdn Bhd Contract Value : RM 50 million

Tawau's Tallest Building :TAWAU TIMES SQUARE (Future Development)

Location :Tawau Water Front, Jalan Pantai
Project Developer :華麗發展有限公司
HUA LI DEVELOPMENT SDN. BHD

Developer Office :1st Floor No:13, Sabindo Plaza, Tawau, Sabah.P.O.Box 618, 91008 Tawau, Sabah, MalaysiaTel: 089-777673, 089-776673 Fax: 089-767673