Of course la aku terkejut!! Aku kelam kabut bersiap then straight terus pergi ke rumahnya.... Subhanallah.... kesian kawan aku ni... aku peluk dia dan bisik kata semangat kat dia... satu jak yang dapat aku kata masa tu... Sabar.. sabar... sabar....
Ok , pada malam tersebut arwah ayahnya hendak minum "coca cola" (Orang yang sesak nafas memang suka minum minuman bergas walaupun dilarang oleh doktor) jd anaknya yang paling bongsu pergi ke kedai runcit berdekatan tetapi tiada oleh itu dia pergi cari kat kedai runcit lain yang agak jauh... mungkin agak lama... ayahnya berjalan naik ke atas... beliau singgah kat kedai runcit berhampiran bus stop berdekatan masjid mencari anaknya... dia sempat bertanya dengan budak-budak yang lepak kat bus stop tu... "Ada kamu nampak si boy???" (Lebih kurang begitula ayatnya.. ) Kemudian tiba-tiba , mungkin akibat penat beliau terus sesak nafas dan terus rebah di jalan berdekatan bus stop di depan masjid ....
Dua orang yang tinggal berhampiran iaitu bang Izzudin dan bang zul datang memberi pertolongan dan menghantar arwah ke hospital... arwah sempat koma buat beberapa ketika sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir setengah jam kemudian...
Lebih kurang begitulah kejadian yang berlaku... buat keluarga Arwah diharap banyak bersabar... insyaAllah roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh ... aminn..