Monday, January 22, 2007

Tawau Gempar!!! : Amaran Tsunami


Yeah guys... Semalam (21 Januari 2007) melakar sejarah sebab Seluruh Tawau dalam keadaan Panik dan berjaga-jaga... Ini semua gara gara Amaran Ancaman Tsunami yang di sebarkan melalui Media Massa terutama sekali bila semua baru mula teruja untuk menonton AJL (Anugerah Juara Lagu ) yang disiarkan secara langsung di TV semalam...

Dari Akhbar Berita Harian:
(Ini berikutan laporan mengenai kejadian gempa bumi berskala 5.3 Richter di Utara Laut Maluku, Indonesia, jam 7.27 malam, dengan penduduk di Sabah, terutama di Sabah Selatan dan Sabah Timur dinasihatkan supaya tidak menghampiri pantai.Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata, Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) dan Agensi Meteorologi Jepun (JMA) sudah mengeluarkan amaran tsunami di lokasi pusat gempa di Laut Maluku yang terletak di latitud 1.2 Utara, longitud 126.3 Timur, 973 kilometer ke tenggara Tawau. Penghuni dua kampung atas air iaitu Kampung Kitingan dan Kampung Tanjung Batu Laut, mula meninggalkan rumah, seawal jam 8 malam, dengan menaiki kenderaan sendiri, teksi atau bas ke kawasan lebih selamat. Kebanyakan penduduk yang dikejutkan dengan laporan gempa bumi dan amaran tsunami itu melalui media massa, dikatakan keluar rumah dengan membawa pakaian dan bahan makanan. Sebahagian besar berkumpul di Masjid Raya, kira-kira enam kilometer dari bandar Tawau dan ada yang menumpang di rumah saudara mara di Taman Semarak, Taman Ria dan Ladang Golden Hope.)

Terus terang aku cakap , aku pun mula mula macam mau panik jugak, yela bab telefon semua terus tak boleh guna... cuma boleh menerima panggilan dari semenanjung saja.... Dumaria ada call aku tanya keadaan di sini sebab dia risau bab tak dapat hubungi keluarganya.... Telefon tak dapat panggil keluar.... Sms semua "pending" kalau ada pun lambat terima....tapi mak ayah aku tenang jak tengok TV sambil berkata "tenang jak...." kalau betul mau berlaku, lari kemana pun tetap akan kena... so aku pun mula tenang dan berdoa banyak banyak ngan tuhan...

Alhamdulillah tiada yang tidak diingini berlaku.... amaran ditarik balik selepas pukul 11.30pm... tapi it's a good lesson supaya kita semua ingat tentang Mati kerana sesungguhnya orang yang paling bijak ialah orang yang selalu ingat akan Mati... kerana Mati itu adalah sesuatu yang pasti cuma bila , itu kita tidak tahu akan ajal masing masing....

Saturday, January 20, 2007

Awal Muharram

Awal Muharram detik permulaan... permulaan tahun Islam hijrah.... hehehe... Happy New Year all.... ini baru la tahun baru yang betul ... hehehe.... Hemm banyak perubahan yang telah berlaku sepanjang tahun lepas... huhu...

Awal tahun ini , bisnes alhamdulillah berjalan ngan lancar.. rezeki pun boleh tahan... harap berkekalan sepanjang tahun... aminnn...

Oh yaa... ada lagi kawan aku kahwin... adeii... semua dah berkahwinan.. betul betul bulan mengawan!! hehehe.... kali ini si Kartini Hj Kahar plak yang kahwin(13 Januari 2007)... budak pasir putih tu... tapi aku tak dapat datang... sebab sibuk.. sebenarnya ada juga aku pergi tapi tak sampai bab cuaca hujan teruk dan jalan jem teruk... terlampau ramai kenalannya... hehehe.... sorriii

Kalau sesiapa yang kenal ngan budak hostel kuhara dulu , junior aku yang dipanggil Suresh bab nampak macam india...nama penuh aku tak pasti.... muda lagi oraangnya.. pun dah kahwin.... dia kahwin ngan budak umur 15 tahun!!! waa... lepasan PMR tu.... huhuhu... aku tahu ini pun sebab terserempak ngan dia kat satu warung di Hill Top dua malam lepas.... Majlis Sandingnya dekat rumah si Sheela ... tapi aku tak dapat pergi gak... sebab sibuk!! Sori again... hehehhe


So thats all for now... roger n out..

Sunday, January 07, 2007

Happy New Year & Selamat Hari Raya Aidil Adha

First of All... Selamat Hari Raya Aidil Adha yang lepas... dan Selamat Tahun Baru 2007!!! Emmm cepat betul masa berlalu.... Hehehe... Nampaknya... musim kahwin mengahwin antara kengkawanku belum berakhir...

Sebelum ni Dewi atau nama penuhnya Dewifitriyani Binti Jamain (Dewi St Patrick or Sewi Skuter) kahwin dengan pasangannya Nazrol bin Suip yang diadakan di dewan Kuok Ming (tempat si Alif Kahwin) kemudian diikuti Bobo atau Muhammaddin FIQREE bin Ibrahim yang kahwin dengan pasangannya Dayang Salihana bte Salam... Emm semoga semua kekal hingga ke anak cucu... amiiinnn.....

Tak banyak yang aku buat untuk raya kali ini... pergi ke rumah keluargaku di Merotai dan selebihnya duduk di rumah jaga bapaku sakit.... emmm tambah lagi setahun dan usiaku pun semakin tua.... harap harap tahun ni ok... dan insyaAllah semuanya berjalan lancar as planned...

Ok.. here's pics from their wedding day... walaupun tak berapa bagus... tapi kira okla tu.... hehehe at least korang tau....