Monday, October 30, 2006
Masih dalam semangat raya...
Friday, October 27, 2006
Raya... raya... raya....
Here's a brief picture for this festive collection...
For details, visit : http://adrysabry.blogs.friendster.com/photos/hari_raya_with_friends_an/
Monday, October 23, 2006
Friends gathering untuk berbuka puasa bersama...
Saturday, October 14, 2006
Dah nak raya!! Buat Kuih Raya!!!
Hahaha... Semalam... entahla apa yang merasuk aku sampai tetiba jerr rasa nak buat kuih raya... i got this recipe from a cereal box! Hahaha... So i pun prepare la apa yang patut then dengan semangat sekali aku mulakan proses membuat kuih...
Alhamdulillah.. siap jugak tapi huh penat jugak rupanya especially for a beginner like me...
The result?! Hahaha.. tak payahla aku bagi tengok, malu!! Hahaha... Tapi sedap gak... tapi bukan untuk tetamu... just for me... hahaha :)
Thursday, October 12, 2006
"Calon Buat Along" ( My favourite story..) "Part 1"
CALON BUAT ALONG
Calon suami???!!!
Phuf... kuhembuskan nafasku kuat-kuat. Bosan! Lagi lagi pasal calon suami yang dibincangkan. Bayangkan,sudah dua bulan kebelakangan ini tidak ada topik yang lebih menarik di rumah ini melainkan soal suami.
Semuanya sama. Papa yang selalu menyindir,sudah teringin menimang cucu. Mama yang berulang kali menasihatku agar tidak terlalu memilih pasangan. Malah Luqman, adikku yang diharapkan dapat menenangkan suasana, turut sama menggoda. Lagi menggeramkan aku apabila si kembar Nani-Nana yang masih mentah turut sama membebel.
"Along...!" Kudengar mama dari ruang tamu. Perlahan-lahan aku bangun dari meja belajar. Setelah membetulkan tudung, aku keluar.
"Ada apa Ma?" tanyaku lembut. Pada masa yang sama kulihat seorang lelaki duduk di sofa ruang tamu. Sepasang mata Mama yang bersinar-sinar. Oo.. Oo..! Ni mesti ada sesuatu yang tak kena, bisikku dalam hati.
"Along,perkenalkan pembantu Papa di pejabat. Hebatkan! Masih muda dah jadi penolong pengarah. Kenalkan ini.... Zoii"
"Zoy,Makcik!"
"Eh, iya, Zoi" Aku hanya mampu menahan ketawaku.. Mama.. Mama...!
Rasa geli hatiku lenyap serta merta apabila aku terpaksa turut sama hampir dua jam mendegar perbualan mama ngan si Zoii tadi. Bukan main berlagak! Batinku menggerutu sendiri. Asyik bercerita tentang pengalamannya ketika berada di luar negara.
Bertambah meluat apabila kulihat terdapat pancaran kekaguman di wajah mama. Betul betul si Zoii ni tak sensitif. Dia tak perasan ke aku membisu seribu bahasa? Tapi dia tetap mengomel tak berhenti.Kupanjatkan syukur yang tak terkira ketika akhirnya dia pulang.
Bila kuceritakan peristiwa itu kepada adikku,Luqman, dia hanya tertawa. Aku balingkan bantal ke arahnya. Aku menarik muka masam. "Bawa bertenang kak,Sabar! Innallaha ma'ashabirin!"
"Sebenarnya Along bingung la,Maman! Habis tu satu rumah asyik perli Along. Maman fahamkan, pilih suami tu bukan semudah memilih ikan di pasar. Bukan senang nak cari lelaki yang soleh sekarang,susah. Along tak nak pilih ikut tangkap muat je. Salah pilih risikonya besar. Bukan main-main, bahana dunia akhirat!"
Aku mula melihat keseriusan di sudut matanya. Cuma sekejap,sebelum ia kembali menggodaku.
"Atau hendak tak kalau Luqman yang carikan???!" Lemparan bantalku kembali melayang.
................................................................
Kriiiing...!!!
Kumatikan bunyi jam yang membangunkanku. Pukul tiga suku. Aku bangkit ke bilik air mengambil wudhuk. Secara spontan kulihat wajahku di cermin. Oh begini rupanya gadis di penghujung usia dua puluh sembilan? Patutlah papa dan mama begitu bimbang.
"Jangan cemas wahai saudaraku, ini bukan nasib buruk! : bisikku menghibur. Walau apa pun terjadi aku mesti bertawakal pada Allah. Jodoh,rezeki dan maut , Dia yang menentukan. Menemui jodoh di dunia bukanlah satu kepastian yang akan kita raih dalam hidup. Ada hal lain yang lebih penting, lebih pasti. Ada kematian, maut yang pasti kita hadapi. Sesuatu yang selama ini sering kuucapkan kepada saudara muslimah yang lain, ketika ramai di antara mereka begitu resah menanti calon suami yang tak kunjung datang. "Sebenarnya kita ini lucu,kan? Kita lebih kerap membincangkan masalah pernikahan, hal yang belum tentu terjadi. Maksud Along, berlalunya waktu dan usia, tidak seharusnya membuatkan kita lupa untuk berfikir positif kepada Allah. Boleh jadi calon kita ini bukan untuk kita di dunia, tapi disediakan di syurga. Mungkin Allah ingin memberikanku yang lebih baik, siapa tahu?" ujarku optimis dua tahun yang lalu.
Astagfirullah! Ishbiri ya ukhti, isbiri... Tanganku masih mengadah, berdoa, ketika aku mendengar azan subuh berkumandang. Hari baru kembali hadir. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, memberiku peluang untuk hidup sehari lagi agar aku berkesempatan untuk beramal dan bertaubat.
Selesai berurusan dengan mama untuk masalah Zoy, aku terpaksa menghadapi makcik Ida pula yang sedang sibuk mempromosi calonnya untukku. Hemm! Lagi-lagi aku hanya boleh mengiakan saja walaupun tak pernah rela.
"Terserah pada along, Yang penting, tengok dulu orangnya. Mudah-mudahan along suka. Dia anak orang kaya. Bapanya ada berpuluh-puluh ekar tanah getah di Kampung Muara. Tapi orangnya bukanlah kekampungan. Lulusan universiti juga seperti kamu!" Promosi makcik Ida bersemangat.
Dua hari kemudian, makcikku datang dengan "Calon"nya,]
"Junaidi, panggil aje Junaid!" Aku hanya mengangguk, tak membalas uluran tangan yang diajukannya.
Selama perbualan berikutnya, berkli-kali aku terpaksa menahan diri untuk tidak lari masuk ke dalam. Aku tidak ingin menyinggung perasaan makcik Ida. Apalagi beliau bermaksud baik. Hanya saja, asap rokok Junaid benar-benar membuatku mual. Malah dia merokok tidak terhenti-henti. Habis sebatang,sambung sebatang. Dengan berani pula dia mengkritik penampilanku.
"Cik Kartini jangan tersinggung , ye. Saya memang pelik melihat perempuan memakai tudung "begini". Kenapa tak nak memilih pakaian dan tudung yang aneka warna dan fesyen?! Saya kalau mempunyai isteri, pasti saya akan menasihatinya untuk membeli baju yang warna warninya cerah dan menawan. dan semestinya bervariasi. Seperti trend bertudung sekarang. Saya rasa apa salahnya kalau sesekali berfesyen. Maksud saya biarlah jangan sampai kelihatn seperti "karung" berjalan. Betul tak, Tini? haha...
Secara tiba-tiba air mukaku berubah. Tanpa menunggu puntung rokok ketujuhnya habis, aku mohon diri masuk dalam. Aku biarkan makcik Ida di ruang tamu bersama tetamu. Pujukan makcik Ida tak mampu menggugatku. Dengan perasaan kecewa, beliau melangkah keluar. Sempat kudengar makcik Ida bercakap-cakap dengan papa dan mama. Sempat pula kudengar komen-komen mereka yang bercampur kecewa, sedih. Ya Allah Kuatkanlah hamba-Mu.
.................................................................
Bersambung...
Monday, October 09, 2006
Penatnya tulis kad raya... :)
Thursday, October 05, 2006
Tipu! Tipu! Tipu!
Today I am very angry…. Especially a former staff who always been nice to me and my family, tetapi telah dipecat minggu lepas sebab kegiatan menipu 10 orang untuk urusan Lesen GDL terbongkar… only a week after she was fired, satu lagi penipuannya terbongkar… and this time it involves my mom… Dia telah berpakat dengan seorang TONTO or Fake Runner named “Ita” Taman Semarak (Beware of this women) untuk membuat loan di Bank Eon untuk membeli sebuah kereta Kenari.. Yang meminjam adalah manusia yang bernama Ita ni laa… dia takda kerja… yang aku tahu selama ni dia cuma menjadi orang tengah untuk urusan lesen antara customer dengan I.M … jadi its like a part time job… but it is unofficial…. So senang cerita minah ni memang takda kerja la…
Dipendekkan cerita , dia nak buat loan bank dengan menyatakan kononnya dia bekerja dengan I.M Tawau… dengan gaji sekian sekian … then the former staff tolong dia buatkan statement menggunakan letterhead company …. Kemudian dibawah statement tu disahkan oleh mak aku!! Dah la buat statement palsu , then boleh curi cop mak aku dan tiru tandatangan mak aku!! Arrrgghhh rasa macam betul betul ditikam dibelakang!!! (For the info , My Mom is one of the board of director of this company)
Sekarang benda ni dah jadi kes polis… I really hope the two of them get the punishment they deserve…
P/s: Aku berdoa semoga sebuah syarikat baru yang bakal menjadi saingan hebat untuk syarikat ini dapat dibuka dengan segera. Nanti aku akan cerita tentang company ini in the next post!
Tuesday, October 03, 2006
Awas!! Jerebu!!!
Apakah Jerebu
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapun-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca-punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada:
Pembakaran secara terbuka
Asap dari kilang
Asap dari kenderaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU
– Baik
- Sederhana
101- 200 - Tidak Sihat
- Sangat Tidak Sihat
- Berbahaya
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
Kanak-kanak
Orang tua
Mereka yang mengalami penyakit
Asma
Bronkitis
Radang paru-paru
Penyakit paru-paru yang kronik
Jantung
Alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda Dan Gejala Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah kepada jerebu termasuklah :
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.
Cegahlah Penyakit Akibat Jerebu. Ikuti Nasihat Berikut :-
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
Perokok ynag mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam rumah.
Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)
Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.