Yeah guys... Semalam (21 Januari 2007) melakar sejarah sebab Seluruh Tawau dalam keadaan Panik dan berjaga-jaga... Ini semua gara gara Amaran Ancaman Tsunami yang di sebarkan melalui Media Massa terutama sekali bila semua baru mula teruja untuk menonton AJL (Anugerah Juara Lagu ) yang disiarkan secara langsung di TV semalam...
Dari Akhbar Berita Harian: (Ini berikutan laporan mengenai kejadian gempa bumi berskala 5.3 Richter di Utara Laut Maluku, Indonesia, jam 7.27 malam, dengan penduduk di Sabah, terutama di Sabah Selatan dan Sabah Timur dinasihatkan supaya tidak menghampiri pantai.Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata, Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) dan Agensi Meteorologi Jepun (JMA) sudah mengeluarkan amaran tsunami di lokasi pusat gempa di Laut Maluku yang terletak di latitud 1.2 Utara, longitud 126.3 Timur, 973 kilometer ke tenggara Tawau. Penghuni dua kampung atas air iaitu Kampung Kitingan dan Kampung Tanjung Batu Laut, mula meninggalkan rumah, seawal jam 8 malam, dengan menaiki kenderaan sendiri, teksi atau bas ke kawasan lebih selamat. Kebanyakan penduduk yang dikejutkan dengan laporan gempa bumi dan amaran tsunami itu melalui media massa, dikatakan keluar rumah dengan membawa pakaian dan bahan makanan. Sebahagian besar berkumpul di Masjid Raya, kira-kira enam kilometer dari bandar Tawau dan ada yang menumpang di rumah saudara mara di Taman Semarak, Taman Ria dan Ladang Golden Hope.)
Terus terang aku cakap , aku pun mula mula macam mau panik jugak, yela bab telefon semua terus tak boleh guna... cuma boleh menerima panggilan dari semenanjung saja.... Dumaria ada call aku tanya keadaan di sini sebab dia risau bab tak dapat hubungi keluarganya.... Telefon tak dapat panggil keluar.... Sms semua "pending" kalau ada pun lambat terima....tapi mak ayah aku tenang jak tengok TV sambil berkata "tenang jak...." kalau betul mau berlaku, lari kemana pun tetap akan kena... so aku pun mula tenang dan berdoa banyak banyak ngan tuhan...
Alhamdulillah tiada yang tidak diingini berlaku.... amaran ditarik balik selepas pukul 11.30pm... tapi it's a good lesson supaya kita semua ingat tentang Mati kerana sesungguhnya orang yang paling bijak ialah orang yang selalu ingat akan Mati... kerana Mati itu adalah sesuatu yang pasti cuma bila , itu kita tidak tahu akan ajal masing masing....

No comments:
Post a Comment